Header Ads

ads header

Flash News

Strategi D4P Luaskan Kuasa


(1)
Megah sekali Lim Guan Eng berkokok dalam Persidangan Kebangsaan DAP.
Dia jadi Setiausaha Agung DAP pada 2004, waktu DAP hanya ada 12 kerusi.
Di bawah pimpinannya, DAP dapat 28 kerusi PRU 12, dia jadi Ketua Menteri.
Ini diterus lagi dalam PRU 13, DAP dapat 38 kerusi, dia kekal Ketua Menteri.
Paling baru, PRU 14 DAP dapat 42 kerusi, dia dan 5 rakannya jadi Menteri.
Itu belum dikira dengan Timbalan Menteri, Ahli EXCO Kerajaan Negeri.
Perdana Menteri malah akui pelannya tertakluk kepada kelulusan Menteri.
Hanya ada 172,673 ahli, tetapi kehebatannya seolah-olah tidak terperi lagi.

(2)
Maka dihitunglah satu per satu segala kehebatan DAP pasca PRU 14.
DAP kini ada 42 Ahli Dewan Rakyat, 7 Ahli Dewan Negara, 109 ADUN!
DAP kini ada 1 Timbalan Speaker Dewan Rakyat, 2 Speaker DUN, 2 Timbalan Speaker DUN!
DAP kini ada 6 Menteri, 1 Duta Khas, 7 Timbalan Menteri!
DAP kini ada 1 Ketua Menteri, 1 Timbalan Ketua Menteri!
DAP kini ada 2 Menteri, 2 Pembantu Menteri di Sabah!
DAP kini ada 30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri!
DAP kini ada 450 Ahli Majlis, 500 Ketua Kampung!

(3)
Lalu timbullah suara, apakah Lim Guan Eng sudah puas hati dengan semua ini.
Sudah pastilah tidak, malah DAP sedang giat meluaskan kuasa di seluruh negara.
DAP gunakan semaksima mungkin segala jawatannya untuk perkukuhkan kedudukan.
DAP pastikan semua kemenangan dikekalkan dan tempat baru mampu diterobosi.
DAP tentukan semua pemegang jawatan bersatu hati dan hadam semua strategi parti.
29-30 Jun 2018, 15-17 Mac 2019, dibuat Pemukiman Kepimpinan Kebangsaan DAP.
5-6 Januari 2019, 20-21 April 2019, dibuat juga Pemukiman Ahli Majlis DAP.
DAP sebuah parti yang menyelesaikan masalah orang Melayu, itulah mesej diberi.

(4)
Lalu ditanya lagi, apakah antara strategi utama perluasan kuasa DAP selepas ini.
Sudah pastilah perkukuhkan kedudukan di Pusat dan di Negeri-Negeri teras utama.
Perjawatan Kabinet boleh sahaja berubah bila penjawat Perdana Menteri berubah.
Peruntukan kerusi juga boleh sahaja bertambah bila kawasan pilihan raya berubah.
Cadangan persempadanan semula DAP 2013 pernah menambah kerusi menjadi 262.
143 kerusi bandar, 39 kerusi separa bandar, 80 kerusi luar bandar, ini dihitung sudah.
Bersedekah, berbuka bersahur bersama; dekati masjid, sekolah agama, pusat tahfiz.
Peruntukan untuk Melayu Islam tiada masalah, asal saja tidak melibatkan syariah.

(5)
Kekuatan di Negeri-Negeri juga pasti boleh mengubah kedudukan di Pusat.
Pulau Pinang sudah DAP kuasai, Sarawak sedang menanti berpandukan janji.
Bila Sarawak diberi lebih kuasa melalui MA63, DAP tentulah bakal penerima.
Di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, DAP boleh cuba usahakan ketuai.
DAP sudah menguasai majoriti di empat negeri ini, tetapi akur kepada janji.
Kuala Lumpur pun Lim Guan Eng pernah umum akan tubuh kerajaan negeri.
Lagi penting adalah perluasan pengaruh DAP dalam politik peringkat tempatan.
Ini pasti akan jadi lebih mudah jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.

(6)
Dan kalau ditanya siapa EXCO Kerajaan Tempatan semua negeri PH, jawablah.
EXCO Kerajaan Tempatan Pulau Pinang adalah Jagdeep Singh Deo dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Selangor adalah Ng Sze Han dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Perak adalah Yong Choo Kiong dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan adalah Teo Kok Seong dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Melaka adalah Tey Kok Kiew dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Johor adalah Tan Chen Choon dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Kedah adalah Tan Kok Yew dari DAP.

(7)
Apa, mengapa, bila, bagaimana, semua kini sudah tidak lagi jadi tanda tanya.
Forward we march, for a Malaysian Malaysia, itulah cogan kata, matlamatnya.
Sama rata sama rasa sama segala-gala, hanya menunggu masa jika Melayu masih alpa dan mudah lupa.

DR KAMARUL YUSOF
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2446455078731869&id=100001022016761







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Parti kafir harbi DAPig telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu dari dulu, kini dan selamanya.

    Hanya orang bodoh sahaja terpengaruh dengan wayang opera DAPig dan lakonan hebat pemimpin-pemimpin DAPig pijak semut pun tak mati dan sembang lebat babi pun boleh terbang untuk menipu orang bodoh supaya menyokong mereka.

    Malaysian Malaysia dan Setapak Declaration adalah di antara bukti DAPig mahu menghapuskan hak kaum Melayu sebagai penduduk asal negara kita.

    BalasPadam
  2. DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam?
    Ridhuan Tee

    Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

    Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

    Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

    Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

    Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

    Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

    Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

    Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

    Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

    Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

    BalasPadam
  3. 15 Hujah DAP Memang Anti-Islam


    1. Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang yang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.

    2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 Matlamat-matlamat DAP adalah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja ‘sekular’ yang asal”.

    3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan "mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

    4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis, “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

    5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

    6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada Raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang yang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

    7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan JAKIM sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

    8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Qur’an, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh, antara disebut beliau, "bahkan juga 1500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

    9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam ‘Facebook’ beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Ahli EXCO Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

    10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

    http://eharakah.my/index.php/berita/15-tanah-air/9486-15-hujah-dap-memang-anti-islam

    BalasPadam
    Balasan

    1. 11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming telah menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

      12. Dalam isu murtad, Dato’ Ngeh Koo Ham telah mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

      13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Januari 1995, Barisan Alternatif pada September 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

      14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang”.

      15. Kuat menyuarakan supaya konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

      Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP dalam isu ini.

      http://eharakah.my/index.php/berita/15-tanah-air/9486-15-hujah-dap-memang-anti-islam

      Padam
  4. Barangsiapa yang menyokong, mengundi , bersekongkol atau bersekutu atau memganut ideologi parti kafir harbi DAPig yang memusuhi Islam, maka dia juga tergolong kepada musuh Islam kecuali dia meninggalkan DAPig, bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.

    Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
    مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

    Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)]

    BalasPadam