Header Ads

ads header

Flash News

Admin facebook Dr Maza tidak berakhlak


SAYA membaca satu hantaran di dalam satu laman Facebook DrMaza.com yang memuatkan berita bahawa suspek di dalam kes bakar kereta Mufti Perlis sedang ditahan reman oleh pihak polis sekarang ini. Menurut tulisan yang diletakkan nota 'admin' itu kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai jawatan dan kedudukan di dalam Jabatan Amal dan organisasi politik yang sudah tentu merujuk kepada PAS. Disertakan juga gambar yang menunjukkan suspek yang ditahan bersama-sama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Saya berpandangan bahawa tulisan di dalam laman yang dimiliki oleh mufti Perlis ini sangat-sangat tidak bertanggungjawab dan hanya ditulis oleh seorang yang tidak berakhlak. Bagaimana penulis ini boleh mengaitkan suspek yang ditahan dengan organisasi politik PAS sedangkan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis?

Saya sebagaimana pemimpin PAS yang lain sangat bersimpati dengan insiden yang menimpa mufti Perlis. Bahkan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis telah mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan yang dilakukan ini dalam satu kenyataan pada 22 Mac 2019 yang lepas. Bagaimana mungkin perbuatan ini dikaitkan dengan sikap rasmi PAS yang tidak pernah membenarkan mana-mana ahlinya melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

PAS telah lama berkecimpung di dalam politik pilihan raya. Menang kalah yang silih berganti tidak pernah menjadikan PAS sebagai sebuah parti pengganas. Jika pandangan mufti Perlis yang berbeza dengan PAS dibandingkan dengan pelbagai tekanan yang dihadapi oleh PAS selama ini di peringkat nasional, boleh dikatakan isu Mufti Perlis ini sangat kecil.

Mengaitkan PAS dengan perbuatan seperti ini adalah merupakan suatu tindakan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan sayangnya ia ditulis dengan bersandarkan kepada sebuah laman sosial yang dimiliki oleh Mufti Perlis.

Saya berbaik sangka bahawa Mufti Perlis tidak merestui tulisan ini, namun membiarkan penulis seperti ini mempunyai akses ke atas laman tersebut boleh membayangkan bahawa ia mewakili Mufti Perlis secara tidak langsung.

Pada saya admin ini sungguh tidak berakhlak. Tunggulah siasatan polis selesai terlebih dahulu. Jikapun benar ahli parti melakukan perbuatan tersebut, adakah tindakan seorang dua ahli itu membayangkan pendirian rasmi parti? Jika demikian bolehkah dikatakan tidak berakhlaknya admin laman ini membayangkan tidak berakhlaknya tuan punya laman tersebut?

AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas
22 Mei 2019 - HARAKAHDAILY 22/5/2019

MR :  Akhir zaman manusia menjadi angkuh dan sombong


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Musuh Islam dan puak munafik sentiasa mencipta fitnah untuk memburuk-burukkan ulama Islam, perjuangan Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

    BalasPadam