Header Ads

ads header

Flash News

Touch N Go edisi Anwar Ibrahim disahkan palsu


PETALING JAYA: Touch ‘n Go hari ini mengesahkan “kad edisi Anwar Ibrahim” yang tular di media sosial sebagai palsu.

Touch ‘n Go dalam kenyataan hari ini menyangkal dakwaan ia menerbitkan kad memaparkan presiden PKR itu dan meminta orang ramai mendapatkan maklumat sahih daripada saluran yang sah.

“Para pelanggan dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi media sosial Touch ‘n Go di Facebook dan Twitter @MyTouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Tinjauan di Facebook mendapati terdapat beberapa perkongsian mengenai “kad edisi Anwar Ibrahim” pada harga RM50, RM150 dan RM250 sekeping.

Terdapat juga perkongsian yang mendakwa kad istimewa yang tertera “Hapuskan Tol” boleh didapati secara percuma di kaunter-kaunter Touch ‘n Go terpilih.

Touch ‘n Go meminta orang ramai berhati-hati dengan penipuan di media sosial, dan sebarang keraguan atau pertanyaan boleh diajukan menerusi talian rasminya.


MR :  Rasanya ini bukan penipuan. Ini adalah 'trolling' atas kerajaan PH suka kencing rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan