Header Ads

ads header

Flash News

Anak Samy Vellu letak jawatan setiausaha agung MIC


PETALING JAYA: Anak Samy Vellu, S Vell Paari meletak jawatan sebagai setiausaha agung MIC untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.

Vell Paari berkata, beliau sudah merancang berundur untuk seketika, tetapi tidak berbuat demikian bagi memastikan MIC berjalan lancar dan sehingga perhimpunan agung parti itu selesai.

“Saya menjelajah kebanyakan masa dan menyertai satu usaha sama serantau dengan sebuah syarikat multinasional dengan satu daripada syarat ialah tidak memegang jawatan pembuat keputusan dalam parti politik,” katanya kepada FMT hari ini.

Anak bekas presiden MIC yang berusia 54 tahun itu dilantik sebagai setiausaha agung MIC pada 14 November 2018.

Vell Paari pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Maika Holdings sebelum syarikat MIC itu ditutup pada 2009.

Presiden MIC, SA Vigneswaran hari ini menyerahkan surat pelantikan kepada Pengerusi MIC Johor, M Asojan sebagai setiausaha agung yang baru, manakala Ahli Jawatankuasa Kerja Pusatnya, AK Ramalingam dilantik sebagai setiausaha eksekutif MIC.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan