Header Ads

ads header

Flash News

Anwar wajar renung nasib diri


NAMPAKNYA, tidak habis lagi serangan pemimpin PH terhadap kerjasama PAS dan Umno. Terbaru Presiden PKR pula tampil membuat ramalannya bahawa muafakat PAS dan Umno akan membuat sokongan kepada kedua-dua parti itu merosot menjelang PRU15 kelak.

Selayaknya Dato' Seri Anwar terlebih merenung nasib diri, bagaimana masa depannya dan parti yang dipimpinnya pada hari muka yang kini telah mula dinilai negatif oleh rakyat.

PAS terus “evergreen” meskipun difitnah dan ditohmah oleh pihak lawannya. Termasuk momokan isu perpaduan PAS dan Umno telah didendang sejak 2015 lagi.

Namun penerimaan masyarakat terhadap PAS semakin bertambah dan sangat memberangsangkan. Bahkan jumlah kemasukan ahli baharu yang diluluskan oleh PAS juga sangat menggalakkan.

Rekod keahlian baharu PAS sejak tahun 2015 disaat berdepan dengan politik fitnah yang dahsyat.

2015: 41,431
2016: 23,559
2017: 41,813
2018: 15,900

Malah separuh tahun yang pertama 2019 bermula Januari hingga Mei ini, saat rakyat menyaksikan kerjasama PAS dan Umno semakin erat , PAS telah merekodkan penerimaan ahli baharu seramai 29,691 orang.

Jan 2019: 3,455
Feb 2019: 6,225
Mac 2019: 7,090
April 2019: 8,235
Mei 2019: 4,686

Saya percaya sokongan rakyat semakin meningkat. Tambahan pula muafakat bestari antara PAS dan Umno serta parti-parti kompenan yang lain semakin utuh dan membuahkan hasil.

Bahasa politik yang mudah difahami oleh semua ialah apabila pemimpin PH mula resah dan gelabah, maka itu menandakan muafakat PAS dan Umno ini sangat efektif untuk merubah lanskap politik tanah air di mana sekali gus bakal menumbangkan PH dan kerajaannya insya-Allah.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN

24 Ramadhan 1440 | 29 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 29/5/2019


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Saya selalu mengikuti perkembangan Nua dari zaman muda hinggalah zaman tuanya. Nasihat saya untuk Nua ialah cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat dakwaan tidak berasas terhadap kerjasama PAS-UMNO.

    Sesungguhnya saya tidak mahu bekas banduan memerintah negara saya.

    BalasPadam