Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa arah Syazlin tarik diri selepas 5 bulan, Umno-PAS soal peguam negara


KUALA LUMPUR: Umno dan PAS hari ini mempertikaikan keputusan peguam negara mengarahkan Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim hampir selesai.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, Jabatan Peguam Negara sepatutnya membantah pelantikan Syazlin ketika inkues itu bermula 3 bulan lalu, bukannya selepas timbul percanggahan pendapat atau pertikaian antara pengendali inkues dan peguam kerajaan.

“Kenapa selepas 5 bulan baru minta Syazlin tarik diri? Sebelum ini, peguam yang hendak mewakili Kuil Sri Maha Mariamman dibantah, tetapi peguam mewakili kementerian tidak pernah dibantah.

“Tommy Thomas bertindak di luar batasan kuasanya. Kita hendak beritahu Tommy, jangan kendalikan Jabatan Peguam Negara sebagai firma guamannya sendiri.

“Jabatan itu ada peraturan dan aturannya. Jangan buat perkara yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat pada jabatan itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di sini, hari ini.

Syazlin ialah satu-satunya peguam KPKT dan JBPM, tetapi pada masa sama, beliau turut mewakili keluarga Adib bersama 6 peguam lain.

Semalam, setiausaha politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, tiada bantahan daripada mana-mana pihak, termasuk Jabatan Peguam Negara terhadap pelantikan Syazlin untuk mewakili KPKT dan JBPM sepanjang inkues diadakan.

Nor Hizwan Ahmad berkata, Syazlin yang juga isteri kepada setiausaha akhbar Zuraida, Ahmad Soffian Mohd Shariff, dilantik mewakili KPKT dan JBPM tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Hari ini, Takiyuddin menyifatkan 4 alasan diberikan Thomas terhadap arahan penarikan diri Syazlin sebagai peguam KPKT dan JBPM sebagai tidak masuk akal.

Antara alasan itu ialah wujud konflik kepentingan kerana Syazlin mewakili KPKT, JBPM dan keluarga Adib, serta beliau ialah isteri kepada setiausaha akhbar Zuraida.

“Kalau peguam itu isteri kepada menteri pun tidak ada masalah. Dia dilantik sebagai peguam profesional dan lakukan kerja pro bono. Ia pandangan dangkal dari Tommy.”

Katanya, tindakan pembangkang menuntut keadilan bagi Adib tiada kaitan isu perkauman, sebaliknya mereka mahu membela nasib penjawat awam yang terkorban ketika menjalankan tugas.

“Ini kebetulan namanya Adib, kalau Maniam atau Ah Seng, kita juga akan lawan. Kita lawan bukan kerana namanya Adib.”

Semalam, Thomas dalam satu kenyataan berkata, Syazlin memalukan dirinya sebagai peguam KPKT kerana sering mengambil pendirian bercanggah dengan timbalan pendakwa raya.

Katanya, Syazlin sepatutnya menolak pelantikan KPKT dan bomba kerana beliau turut mewakili keluarga Adib “yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues itu”.

Beliau berkata, mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan perlu mendapatkan nasihat dan hanya boleh melantik peguam luar melalui Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob menggesa Putrajaya lebih berhati-hati dalam menangani isu kematian Adib kerana ia isu sensitif yang boleh mengundang tindakan negatif rakyat.

“Ia boleh menjadi ‘time bomb’ sebab itulah kita takut jika keputusan tidak baik dan nampak tidak adil, rakyat akan resah.

“Kita juga ingin menegaskan tidak menggunakan isu ini sebagai isu politik. Kita hanya mahu lihat keadilan. Pada awalnya kita nampak kerajaan boleh kendalikan isu ini, tetapi kini ia sebaliknya.”

Gugur Zahid hanya spekulasi

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, Umno akan meminda perlembagaan parti itu selepas sambutan Aidilfitri.

Tetapi, katanya, pindaan itu bukan untuk menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno.

“Sehingga kini, tidak ada sesiapa tahu mengenai butiran pindaan. Ia tetap akan menjadi cadangan sehinggalah pindaan dilakukan. Spekulasi (gugur Zahid) yang tersebar itu sesiapa boleh buat.”

Beliau berkata, Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin akan turun padang mendengar suara akar umbi, sebelum membentangkan cadangan itu kepada Majlis Tertinggi Umno.

“Selepas dibentangkan di Majlis Tertinggi parti, Umno akan buat ‘retreat’ selama sehari bagi membincangkan cadangan pindaan berkenaan.

“Namun, keputusan tidak boleh dicapai lagi. Ia hanya boleh jadi keputusan bila diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa pada November nanti.”

Katanya, Zahid langsung tidak campur tangan dalam urusan kepimpinan parti sejak beliau menyerahkan tugas presiden Umno kepada timbalannya, Mohamad Hasan pada Disember lalu.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan