Header Ads

ads header

Flash News

Bekas adun PAS Kelaboran meninggal dunia di Makkah


Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim meninggal dunia di Mekah, hari ini.

Perkara itu disahkan isterinya Raihan Zaki Yusof melalui satu hantaran di Facebook kira-kira jam lapan malam tadi.

"Allah lebih mengasihi dia. Dijemput kembali ke Rahmatullah di hari Jumaat, akhir Ramadhan di tanah suci Mekah.

"Jam 2.45 petang waktu Arab Saudi (jam 7.45 malam waktu tempatan). Pemergian yang dicemburui, kami reda dengan pemergianmu," katanya.

Menurut Harian Metro semalam, Mohd Zaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Aziz pada 29 Mei lalu berikutan komplikasi kencing manis yang dihadapi.

Allahyarham menunaikan umrah bersama isteri dan empat anaknya dan dijadual pulang ke tanah air pada 6 Jun ini (2 Syawal).

Mohd Zaki mula menjadi Adun Kelaboran di Kelantan pada PRU 2004, apabila menewaskan calon BN Wan Johani Wan Hussein. Beliau mengekalkan kemenangannya pada PRU 2008 dan PRU 2013, kedua-duanya dengan menewaskan calon BN Wan Hanapi Wan Yaakob.

Beliau bagaimanapun tidak bertanding pada PRU ke-14 pada tahun lalu.


MR :  Semoga Allah berkati beliau


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, aku sempat solat jenazah mu di masjidil haram.

    BalasPadam