Header Ads

ads header

Flash News

Belum masanya bincang pembahagian kerusi Umno, PAS


Perbincangan mengenai pembahagian kerusi pilihan raya belum sesuai diadakan di antara PAS dan Umno, kata Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani.

Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua parti terbabit perlu terus menjalinkan kerjasama lebih padu dengan memberi perhatian penuh kepada perjuangan bersama.

Walaupun mengakui perbincangan mengenai pembahagian kerusi penting buat Umno dan PAS, Johari menjelaskan ia masih terlalu awal kerana pilihan raya umum (PRU) baru saja diadakan tahun lalu.

Untuk rekod mengikut Perlembaaan Malaysia PRU mesti diadakan setiap lima tahun bagi membolehkan sesebuah parti atau gabungan mendapatkan mandat daripada rakyat.

Bagaimanapun pada ketika tertentu parlimen dibubarkan sebelum tempoh lima tahun itu dicapai, dengan lazimnya diadakan pada tahun keempat.

Pertengahan bulan ini seorang pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, mengingatkan ada kemungkinan berlaku PRU mengejut dan perbincangan mengenai pembahagian kerusi wajar diadakan.

Bagi sesetengah pemerhati, isu pembahagian kerusi di antara Umno dan PAS menarik untuk disaksikan kerana kedua-dua parti pernah bermusuhan selama beberapa dekad.

Pengagihan itu dilihat berpotensi memberi masalah kepada Umno dan PAS jika timbul rasa tidak puas hati kerana sesebuah parti perlu menyerahkan kerusi tradisi mereka kepada rakan baru mereka.

Menurut Johari Umno dan PAS perlu mengelakkan kesilapan dilakukan pada PRU ke-14 lalu apabila kedua-dua parti bertembung sesama sendiri dan akhirnya PH menang.

"Sedangkan Umno dan PAS mempunyai agenda yang sama.

"Jadi sudah tentu perbincangan itu sangat penting.

“Tapi soalnya mungkin terlalu awal untuk dibincangkan pada hari ini kerana kita baru setahun PRU dan sudah tentu perbincangan ini perlu diadakan pada masa akan datang," katanya seperti dipetik Sinar Online.

Johari yang juga bekas menteri kewangan kedua dan anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan barangan keperluan harian di Kuala Lumpur.

Seramai 2,500 anggota Umno dari 88 cawangan parti itu dalam bahagian Titiwangsa terpilih menerima bantuan tersebut.







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jangan layan musuh2 luar daripafa ph yg sememangnya mencari peluang utk menghancurkan perpaduan pas dan umno ini. Sehingga hari ini, mereka gagal menyekat perpaduan ini, kerana org melayu sudah nampak agenda sebenar ph yg diterajui dap memusnahkan bangsa melayu ditanah air sendiri. Apa saja usaha mereka gagal menyekat semangat perpaduan melayu dan pas. Yg saya bimbangi ialah perpaduan ini mudah dihancurkan dari dalam, dan isu pembahagian kerusi ini boleh menjadi sebab utama. Oleh itu, saya cadangkan supaya pembahagian kerusi seperti berikut :
    - mana2 kawasan mp yg dimenangi oleh pas dan bn semasa pru14, diserah kpd pas dzn umno.
    - kawasan yg dimenangi ph,,,lihat undi pas dan umno. Jika undi umno lebih banyak, maka kawasan mp tersebut diserah kpd umno dan begitulah sebaliknya.
    Kemudoan,,sikap tolak ansur dan keilhlasan demi ugama dan bangsa sangat2 dituntut.
    A
    Walau bagaimanapun,,kedua2 pihak boleh berbincang secara baik dan elakkan sifat tamak haloba.

    BalasPadam