Header Ads

ads header

Flash News

Catatan di FB Mufti Perlis memalukan


KANGAR: Catatan di Facebook (FB) Mufti Perlis Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan memaparkan gambar anggota Jabatan Amal ditahan polis bagi membantu siasatan dianggap memalukan.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata lebih memburukkan lagi apabila gambar yang dimuatnaik itu bersama foto Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan manakala anggota Jabatan Amal yang ditahan reman hanya untuk membantu siasatan.

“Mereka belum dibuktikan bersalah dan tulisan admin FB mufti Perlis begitu memalukan,” katanya di sini.

Semalam admin FB mufti Perlis memaparkan gambar anggota JAM Perlis dan Presiden PAS sehingga mengundang pelbagai polemik yang cuba untuk mengaitkan PAS dengan kes membakar kereta rasmi Mufti Perlis.

Bagaimanapun tulisan admin FB Mufti Perlis berkaitan isu terbabit diturunkan sekitar jam 5.30 petang semalam.

Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang merakam ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Perlis Dato’ Noor Mushar Mohd yang menjalankan siasatan secara profesional. - HARAKAHDAILY 23/5/2019

MR :  Mufti lain bila keluar kenyataan, biasa berkenaan fatwa tapi malang bagi mufti yang keluar kenyataan yang banyak menyindir orang lain menegakkan pendapat sendiri.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan