Header Ads

ads header

Flash News

PAS, Umno akan bincang piagam bersama


PAS melihat piagam yang akan dideklarasi bersama dengan Umno tidak lama lagi bakal melebarkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu.

Malah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak kemungkinan piagam yang berbentuk 'Muafakat Perpaduan Ummah' itu membawa objektif ke arah kerjasama dalam berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

"Piagam itu kita dah tengok, Umno pun dah tengok tetapi dua-dua pihak kena bahas (bincang) dan bersetuju baru akan jadi piagam bersama.

"Ia (berbentuk) Muafakat Perpaduan Ummah. Mungkin (kerjasama PRU15), kita tengoklah nanti," katanya ketika ditanya berhubung pembentukan piagam bersama tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah Tausiah Badar Kubra sempena Ijtimak Pondok Semalaysia 2019 di Kota Bharu, semalam.

Terdahulu, perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa yang menyatakan kedua-dua parti itu akan mengisytiharkan piagam bersama selepas perayaan Aidil Fitri, Jun depan.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, piagam tersebut akan lebih melebarkan bentuk kerjasama sudah berjalan hari ini.

"Seperti kita sebut muafakat kita pada waktu itu (sekarang) ada tiga perkara, pertama mana-mana pilihan raya kecil kita akan satu lawan satu.

"Kedua mana-mana isu melibatkan umat Islam kita kena muafakat dan pertahankan bersama dan ketiga adalah menyusun tindakan bersama di peringkat parlimen.

"Jadi, deklarasi (piagam) ini akan lebih lebar daripada itu, Insya-Allah," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.



MR :  Kerjasama atas Islam dan Melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan