Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa bil letrik lebih tinggi, Najib ada jawapan


Sesiapa yang bertanya mengapa bil elektrik rumah atau kedai mereka telah naik, ini sebabnya.

Sebelum PRU14, pengguna elektrik domestik melebihi 300 kWj dan pengguna bukan domestik (perniagaan) menerima diskaun 1.80 sen untuk setiap kilowatt jam (kWj).

Selepas PH menang, rebat ini telah ditarik untuk semua bermula 1 Julai 2018. Ini bermakna bil elektrik untuk semua pengguna telah meningkat.

Malahan, pengguna bukan domestik bukan sahaja ditarik rebat 1.80 sen setiap kWj, tetapi juga dikenakan lagi surcaj 1.35 sen setiap kWj).

Ini bermakna kenaikan tarif untuk pengguna bukan domestik telah naik 3.15 sen setiap kWj bersamaan dengan kenaikan tarif elektrik 6.8% berbanding sebelum PRU14.

Semalam, TNB melaporkan bahawa kerajaan PH telah meluluskan lagi kenaikan surcaj untuk semua kedai, peruncit pengilang, pejabat dan industri.

Surcaj untuk pengguna bukan domestik akan naik lagi dari 1.35 sen kepada 2.55 sen setiap kWj bermula bulan Mac tahun depan..

Bermula dari Mac 2019, bil elektrik untuk perniagaan dan industri akan naik 9.64% berbanding tarif sebelum PRU14.

Minggu lepas, kerajaan PH juga telah mengumumkan bahawa subsidi untuk petrol RON95 dan disel akan ditarik dan harga akan diapung semula bermula bulan April tahun depan.

Harga minyak akan naik berdikit-dikit, kata mereka.

Kenaikan tarif elektrik dan harga bahanapi pada tempoh yang hampir sama sudah tentu akan memberi kesan kepada harga barang dan kos sara hidup pada tahun depan.

Siapa tahu di mana sudah perginya suara-suara pemimpin PH yang sering baring-baring atas jalanraya untuk menentang kenaikan harga elektrik dan petrol kononnya untuk mempertahankan rakyat sebelum PRU14?

SST itu bermakna Senyap-Senyap Tibai, ke?

Najib Razak

MR :  Naik senyap-senyap... nak tipu rakyat lah tu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. SST Senyap Senyap Tibai .....

    BalasPadam
  2. Pakatan Hancing pimpinan parti kafir harbi DA-Pig kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu menyebabkan orang Melayu mengundi Pakatan Hancing.

    Akhirnya orang Melayu menang sorak, Tanah Melayu tergadai. Siapa bodoh?

    BalasPadam