Header Ads

ads header

Flash News

Mat Sabu ada tanda-tanda Syiah tapi tak mengaku, kata pengkaji


Umat Islam di Malaysia tidak boleh solat berimamkan orang Syiah, kata Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Mohammad Ismail.

Beliau mengingatkan bahawa fahaman Syiah jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata demikian kepada Ismaweb ketika diminta mengulas tindakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang solat berjemaah berimamkan ulama Syiah di sebuah masjid di Iran, baru-baru ini.

Katanya, tindakan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu mencetuskan lebih banyak persoalan sama ada beliau adalah pengikut Syiah atau tidak.

“Beliau takkan mengaku walaupun kita suruh. Itu adalah tanda-tanda pengikut Syiah.

“Apa tujuan beliau solat dibelakang berimamkan orang Syiah?,” katanya, sambil menegaskan bahawa perkara itu boleh dielakkan jika Mat Sabu ingin berbuat demikian.

Sebelum ini, tular di media sosial, gambar Mat Sabu solat di sebuah masjid di Tehran dan berimamkan ulama Syiah. Perbuatan itu mencetuskan persoalan di kalangan rakyat sama ada Menteri Pertahanan Malaysia adalah pengikut Syiah.

Ini kerana beberapa tuduhan sebelum ini mengatakan Mat Sabu adalah pengikut Syiah. Namun, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu tidak menafikan tuduhan berkenaan secara rasmi, sebaliknya hanya mendakwa beliau tidak mengikut kegiatan Syiah.

Sehubungan itu, Ustaz Mohammad menggesa Mat Sabu ‘mengaku’ bahawa beliau adalah pengikut Syiah kerana telah banyak bukti menunjukkan Menteri Pertahanan itu adalah pengikut ajaran sesat berkenaan.

Antara bukti Mat Sabu seorang Syiah seperti yang dilaporkan media tempatan adalah beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ” Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

Selain itu, Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Disember 2013 lalu mengesahkan Mat Sabu – ketika itu Timbalan Presiden PAS – terbabit dengan ajaran Syiah.

Ketua Setiausaha KDN ketika itu, Datuk Seri Abdul Rahim Radzi mendedahkan 10 bukti bahawa Mat Sabu adalah Syiah, termasuk membaca ‘selawat’ mengikut ajaran sesat itu.

“Adakah Mat Sabu Syiah? Kenapa dia ikut solat dengan Syiah? Dari situ orang akan persoalkan akidah beliau,” kata Ustaz Mohammad. - ISMAWEB




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jika seseorang mencuri, maka dia adalah pencufi.

    Jika seseorang membeli banglo terlajak diskaun, dia adalah penerima rasuah walaupun mr Tomato India cuba nafikan.

    Jika seseorang terlibat dalam skandal terowong, maka dia adalah penjenayah kerana rasuah dan salah guna kuasa.


    Jika seseorang solat berimamkan imam syiah, maka dia adalah kepala bapak syiah yang mengamalkan taqiya ( pembohongan).

    BalasPadam