Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin mahu ahli PPBM Johor jaga hubungan dalam parti


JOHOR BAHRU: Pelantikan ketua PPBM Bahagian Tebrau Mazlan Bujang sebagai pengerusi PPBM Johor yang baru diharap tidak akan menjejaskan hubungan antara kepimpinan parti itu di negeri ini.

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata, apa yang penting, kerjasama dan perpaduan perlu menjadi pegangan kepemimpinan parti itu di negeri ini.

“Surat (pelantikan) sudah dikeluarkan secara rasmi, jadi dia (Mazlan) jalankan tugaslah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa pemimpin bersama masyakat di kediaman Menteri Besar Johor, Saujana, di sini malam tadi.

Ditanya adakah pelantikan Mazlan akan menjejaskan kelancaran pentadbiran negeri ini berikutan Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal tidak memegang sebarang jawatan dalam parti, Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri berharap tidak akan berlaku perkara sedemikian.

“Saya harap tidak begitu pasal yang pentingnya kita hendak menentukan pentadbiran negeri di bawah MB (menteri Bbesar), pertamanya, mendapat sokongan padu daripada seluruh lapisan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan PPBM.

“Yang keduanya, sokongan daripada rakyat jelata, itu penting supaya proses pentadbiran negeri berjalan lancar dan saya yakin MB mampu menggalas tugas. Yang penting kita utamakan kerjasama dan perpaduan. MB ini adalah yang mewakili semua kaum dan kumpulan…dia tiada pilih kasih,” katanya.

MR :  Bersatu Johor bakal tersungkur


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan