Header Ads

ads header

Flash News

Munculnya Melayu Barua


Berani dan biadapnya DAP hari ini adalah kerana mereka disokong dan dibentengi oleh barua-barua Melayu atau ringkasnya kita gelar mereka Melayu Barua.

Melayu Barua ini sanggup buat apa saja demi DAP. Kedudukan sebagai menteri bagi mereka sudah cukup untuk ditunggang DAP. DAP selamat bermakna kerusi mereka juga selamat.

Membentak DAP yang menyebabkan DAP kecundang akan menyebabkan pangkat dan jawatan mereka juga kecundang. Inilah ciri utama Melayu Barua.

Bukan mereka tidak pelajari sejarah. Sejarah telah bertintahitamkan peranan barua-barua sehingga tumpasnya kesultanan Melayu Melaka.

Melayu Barua yang sesat berpolitik, memilih jalan dendam, fitnah dan belot untuk menjahanamkan bangsanya sendiri. Di depan mata para munafikin ini, kafirin dilihat serba benar dan mulia setelah ditawarkan pangkat dan wang emas. Lalu terlontar kata-kata sesat lagi  jahaman, “kafir yang jujur lebih baik daripada muslim yang korup”. 

Kerana Melayu Barua inilah, watan menderita berabad-abad dijajah Portugis, Belanda dan Inggeris.

Sejarah berulang dengan watak yang berbeza. Penjajah Portugis yang minoriti boleh menang dek bantuan barua-barua Melayu inilah. Penjajah British yang minoriti boleh bermaharajalela dek kerjasama dengan barua-barua Melayu. Dan hari ini, kaum minoriti boleh menuntut segala dengan kuasa dek sokongan Melayu Barua.

Barua-barua ini akan menyokong dan meluluskan apa sahaja kehendak DAP.

Kementerian-kementerian utama? Peguam Negara? Ketua Hakim? Speaker? Hak beragama sebebasnya? UEC? Keluarlah apa sahaja daripada mulut DAP, para Melayu Barua ini sanggup bertikam dengan bangsa sendiri.

Sedang menunggu ialah Islam pada IC, hak murtad, hak LGBT hinggalah hak pilihanraya kerajaan tempatan. Agenda Malaysian Malaysia DAP sedang berjalan dengan lancarnya atas trek dengan sokongan Melayu Barua.

Berpaksikan fikiran liberal, Melayu Barua ini tidak kisah hak agama sendiri dihalang. RUU355 merekalah petualang. Hak bahasa mengikut perlembagaan Negara, dicemari mereka apa peduli. Institusi kesultanan diserang, mereka berlagak umpama lembu kenyang.

Nantinya, difaraidkan pula tanah Melayu yang sekangkang kera. Saban hari kerjanya ialah mencelakakan nasib bangsa.

Kini Mendeliar dan Si Kitol Melayu telah mendapat wang emasnya. Mereka  telah membakar negeranya. Peduli apa kera di hutan disusukan, anak di pangkuan ditinggalkan. Peduli apa  ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Peduli apa diberi betis, hendakkan peha. Seperti Belanda diberi tanah. Berkerat rotan berpatah arang sesama seagama. Dengan kafirin, kain buruk yang carik pun dijahit semula.

Sialnya hidup berpetualang. Habis negeri diambil orang. Tak cukup dengan Temasik. Tanah Jawi habis diusik. Di mana lading hendak menebas. Lama disimpan kini membuas.

BayangDiAir



MR :  Ulangsiar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Si pengkhianat Melayu sanggup menjilat dam bersekongkol pemimpin-pemimpin parti kafir harbi DAPig semata-mata kerana dedak cap roket. Bahkan mereka sanggup menjual ibubapa mereka sendiri kerana dedak cap roket.

    Puak pengkhianat ini adalah musang roket berbulu ayam.

    BalasPadam