Header Ads

ads header

Flash News

Najib dan Isreal


Perdana Menteri Tun Mahathir semalam mengumumkan bantuan biasiswa kepada rakyat Palestin. Walaupun saya tiada masalah, tetapi saya terkilan dengan sikap buta sejarah sebahagian kawan PH yang menggunakan isu ini bagi merendahkan sumbangan kerajaan lama.

Barangkali mereka tidak tahu bahawa pada zaman kerajaan lama lah, resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengecam pendudukan haram Israel akhirnya berjaya dilakukan. Bagaimana ceritanya?

Begini, pada 22 Disember 2016, Mesir ketika itu dijadualkan untuk mengemukakan resolusi anti Israel kepada Majlis Keselamatan. Walaubagaimanapun, disebabkan tekanan yang terlalu besar, Presiden Mesir Abdel Fatah Al-Sisi kemudiannya telah menangguhkan pembentangan resolusi tersebut - satu khabar gembira buat Israel. Maknanya Mesir kalah sebelum berjuang dan Israel ketika itu menganggap tidak ada lagi negara yang berani mengemukakan usul anti mereka.

Keadaan ketika itu amat genting. Tempoh tamat keanggotaan negara anggota UNSC pada penggal tersebut adalah pada 31 Disember 2016. Pihak Sepanyol pula selaku pengerusi UNSC memutuskan untuk menamatkan mesyuarat pada 24 Disember 2016. Hanya 2 hari sahaja tinggal untuk mana-mana negara mempertahankan Palestin di peringkat antarabangsa.

Dalam masa sebeginilah, Wisma Putra berjaya memainkan peranan luar biasa dengan mengadakan pakatan 4 negara untuk memulakan proses kelulusan usul anti Israel.

Akhirnya pada 23 Disember 2016, Malaysia bersama sama 3 negara anggota Majlis Keselamatan lain - New Zealand, Senegal dan Venezuela telah mengemukakan Resolusi 2334. Resolusi ini bermaksud untuk mengecam penempatan haram Israel di bumi Palestin dan mendesak Israel menghentikan kekejaman tersebut [1]

Resolusi ini diluluskan dengan keputusan 14-0 dengan AS sebagai negara yang sering memveto keputusan UNSC berkenaan Israel (42 kali) akhirnya mengambil keputusan berkecuali. Ini adalah kali pertama resolusi mengecam Israel dalam pendudukannya di Palestin diluluskan semenjak Resolusi 446 pada tahun 1979 [2]

Resolusi ini membolehkan mana mana pihak untuk membawa Israel atau warganya yang terlibat di dalam penempatan haram dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Ia juga menyebabkan segala pendudukan Israel di bumi Palestin selepas garisan sempadan tahun 1967 dikira haram dan tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. [3][4][5]

Disebabkan usul yang dikemukakan ini juga dibuat dalam waktu yang tidak dijangka, Israel tidak cukup masa untuk melobi negara negara UNSC lain termasuk AS. Apatah lagi Israel menjangkakan tidak ada negara lain yang berani mengemukakan resolusi ini selepas berjaya menundukkan Mesir untuk menghentikan proses usul tersebut sehari sebelumnya

Kejutan resolusi ini menyebabkan Israel memanggil pulang dutanya daripada Senegal dan New Zealand serta mengecam Presiden Barack Obama kerana gagal 'mempertahankan' Israel. Israel juga membatalkan pelbagai program diplomatik dengan negara negara UNSC termasuk lawatan Perdana Menteri Ukraine ke negara mereka. [6]

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga menerima tekanan politik dalaman negara apabila dikecam oleh pemimpin utama pembangkang Isaac Herzog. The Times of Israel pula menyifatkan tindakan panik Netanyahu tersebut sebagai cubaan untuk berperang dengan seluruh dunia [7]

Kejayaan resolusi ini menunjukkan bagaimana kehebatan Wisma Putra mengadakan diplomasi tahap tinggi dengan semua kuasa kuasa besar dunia bagi membolehkan wujudnya pembelaan ke atas Palestin.

Perancis contohnya memuji resolusi tersebut dengan katanya "inilah kali pertama Majlis Keselamatan melakukan sesuatu yang betul di dalam konflik ini" sementara Russia pula secara terbuka menyatakan kekaguman mereka dengan cara resolusi tersebut dikemukakan [8]

Begitulah pentadbiran kerajaan dahulu mendepani cabaran konflik hubungan antarabangsa. Tiada retorik, tiada ucapan 'heroic' di pentas dunia, cukup berstrategi dalam berdepan dengan kuasa politik luar dan berani melakukan 'bold action' dan 'exceptional measures' dalam keadaan luar biasa.

Oh ya, dan DS Najib Razak masih kekal sebagai satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berani mempertaruhkan nyawa melawat Gaza. Gambar di atas adalah lawatan tersebut pada Januari 2013.

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

-------
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu


1 ulasan:

  1. para Member setia ARENADOMINO,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.5% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . ARENA-DOMINO.COM
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    ARENA-DOMINO.COM
    WA : [+855]964967353

    Ayo tunggu apalagi !!

    BalasPadam