Header Ads

ads header

Flash News

PTPTN: Sudah lari janji manifesto PRU14


MARANG: PAS menyifatkan kenyataan terkini pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang mahu mengenakan semula sekatan kepada peminjam itu telah terpesong dari janji manifesto pilihan raya lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, janji manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu mahu meringankan beban rakyat termasuk orang muda.

Menurutnya, sekatan yang akan dikenakan kepada peminjam PTPTN itu sekali gus bercanggah dengan apa yang diperjuangkan.

“Saya rasa itu sudah lari daripada janji manifesto (PRU14). Manifesto itu nak meringankan bebanan terhadap rakyat termasuklah orang-orang muda khususnya.

“Kita nak menuju ke arah pendidikan percuma. Bercanggahlah dengan apa yang nak diperjuangkan. Kita biarkan sahajalah, mereka berkuasa.

“Insya-Allah, rakyat dapat menilai,” ujarnya kepada pemberita, selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

PTPTN dilaporkan bercadang memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman tersebut.

Perbadanan itu dilapor turut mencadangkan agar menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet. - HARAKAHDAILY 17/5/2019





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Tak apa,,biarkan ph melacurkan semua menipufesto depa. Anak2 muda yg tertipu dgn fitnah dap, pkr,ppbm dan pan akan mengajar pakatan hancing ini pada pru15 nanti. Tak lama dah rasanya,,memandangkan atok semakin tua,,beliau akan umum bubar parlimen bila nampak pesalah peliwat tak sabar2 lagi nak naik jd pm.. jika pru diadakan sekarang, confirm ph yg ditadbir dap akan diterajang keluar dari putrajaya.

    BalasPadam
  2. sebagai tambahan elok jugak kalau peminjam2 ptptn ni dilarang dari keluag rumah selepas pukui 930 mlm..

    BalasPadam