Header Ads

ads header

Flash News

Ramai Cina Malaysia sukar terima Islam?


1. Hakikat yang pahit

Sekiranya ditanya kepada orang-orang Cina di Malaysia, mengapa mereka tidak mahu memeluk Islam?

Nescaya kita akan mendapati antara jawapan yang diberikan adalah kerana kedudukan mereka lebih tinggi daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam dari aspek material. Mereka jauh lebih kaya, lebih cerdik dari pelbagai aspek, lebih gigih membanting tenaga, bahkan keupayaan mereka dari pelbagai sudut mengatasi apa yang ada pada umat Islam.

2. Benarkah begitu?

Hakikatnya, jawapan ini tidaklah mewakili keseluruhan masyarakat Cina. Bukan juga mahu menghina ataupun memperlekehkan Islam, bahkan sesetengah daripada mereka mengakui kemuliaan dan kebaikan Islam tetapi kelemahannya adalah menumpukan kepada umat Islam.

Mungkin sesetengah daripada mereka pula akan mencemuh dengan menyatakan bahawa terdapat di kalangan saudara-mara atau sahabat taulan mereka yang memeluk Islam, hanya menjadi peminta sedekah sedangkan mereka yang tidak memeluk Islam ini mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan dan masa depan mereka.

Sekiranya kita merenung kepada jawapan yang diberikan oleh mereka ini perlu sangatlah kita merenung dan muhasabah diri kita sendiri.

3. Bukan mahu perlekeh Islam

Memang kita sekali-kali tidak akan membenarkan Islam diperlekeh oleh mereka dengan menyatakan bahawa kekayaan dan kesenangan dunia bukanlah menjadi kayu ukur kepada keredaan Allah. Bahkan kebahagiaan sebenar adalah di akhirat nanti.

Tetapi sekiranya kita merenung ke dalam sejarah Islam yang panjang, kita akan mendapati bahawa jawapan mereka itu perlulah dijadikan iktibar juga kerana orang-orang Islam yang terdahulu berjaya mengislamkan masyarakat yang bukan Arab dan bukan Islam sehingga bangsa demikian menjadi Islam.

Lalu, mengapa pada hari ini realiti yang wujud tidak menunjukkan kepada kejayaan-kejayaan sebagaimana yang dicatatkan di dalam sejarah itu?

4. Kejahilan umat dan kelemahan Ulamak

Hakikatnya sama ada kita sedar ataupun tidak, realiti yang berlaku hari ini, pernah diungkapkan oleh As syahid Abdul Qadir Audah, bahawa Islam terkepung di celah-celah antara kejahilan umatnya dan kelemahan cendekiawannya.

Hal ini mungkin hanyalah disedari oleh kita bila mana kita merenung bahawa di hari ini umat Islam lebih suka beramal dengan dalil-dalil Nas dengan makna yang satu lapis. Iaitu mengikut pengertian bahasa semata-mata dan tidak mahu menjangkau kepada makna-makna yang lebih mendalam sebagaimana yang telah dirintis oleh ulamak-ulamak terdahulu.

5. Kehidupan kita sehari-harian seolah-olahnya mahu menunjukkan bahawa kita menganggap Al-quran dan hadis sebagai petunjuk yang mempunyai makna yang cetek dan bukannya makna yang mendalam. Padahal hakikatnya makna-makna yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis memiliki pengertian dan penjelasan yang tidak akan pernah habis digali sehinggalah kita menemui kematian sebelum kita sampai ke penghujungnya.

6. Dengan membuat alasan mudah, kononnya keterangan ulamak yang berjela-jela dengan metodologi falsafah yang dinamakan falsafah Islam, mengandungi racun-racun yang dibawa masuk oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu kita menolak untuk menggali dan menilai semula hasil penulisan dan kajian mereka yg mendalam di zaman mereka.

Sebagai contohnya kita yang kononnya dianggap sebagai cendekiawan Islam di Malaysia tidak berminat untuk mengkaji kitab-kitab dalam bidang tafsir, umpama tafsir Ruh Al Ma'ani, Tafsir Al-Kabir, Tafsir Tantawi dengan menyatakan bahawa tafsir ini adalah tafsirufassirin yang dari aliran ahli Ra'yi yang cenderung kepada kumpulan ahli nafsu, padahal Al Alusi, dan Ar Razi dan pengarang-pengarang itu telah berijtihad dan memohon bantuan hidayah daripada Allah.

7. Sikap yang sebeginilah yang akhirnya melahirkan sifat malas untuk berfikir dan mengkaji dengan cara yang lebih teliti. Sepatutnya kita menyambung dan memperincikan lagi kajian-kajian ulamak tersebut. Kalaulah ada perkara yang perlu ditapis wajarlah kita mengemukakan pembetulan serta saranan-saranan yang sesuai untuk zaman ini.

Di satu sudut yang lain lagi sikap asyik suka men dabik dada dan berbangga dengan apa yang ada berbeza dengan ulamak di zaman silam yang lebih gigih dan lebih tekun walaupun terpaksa membuat tapak-tapak kekuatan yang memerlukan kepada kegigihan dan kesabaran yang lebih besar.

8. Maka perlu juga sekurang-kurangnya jawapan kaum Cina yang tidak mahu masuk Islam di Malaysia itu menjadi suatu muhasabah kepada kita bahawa ulamak-ulamak Islam terdahulu menerajui dunia. Itulah sebabnya dunia tunduk kepada Islam tetapi di zaman kita ini kita gagal menerajui dunia sebaliknya dunialah yang mengheret kita kepada sifat malas dan lemah. Perlunya kita memohon hidayah dari Allah untuk membaiki kelemahan-kelemahan kita.

"Ini adalah kerja yang besar kerana kegagalan kita juga amat besar".

USTAZ MUHAMMAD HANAFI ABDUL RAHMAN
Pensyarah
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
- HARAKAHDAILY 24/5/2019


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan