Header Ads

ads header

Flash News

Uyghur Saudara Seakidah Yang Ditindas


Pagi tadi saya berkesempatan bersama dalam program Iktikaf Ramadan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur.

Pengisian pagi ini adalah berkenaan dengan kecaknaan ummat dalam isu pembersihan etnik Uyghur (cara sebutan yang betul: Wi-ger).

Etnik Uyghur ini menetap di sebuah wilayah digelar Timur Turkistan. Kedudukan startegik wilayah ini menyebabkan ianya digelar "hati" Asia kerana salah satu sebabnya adalah bersempadan dengan 9 buah negara iaitu China, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, Pakistan, Mongolia, Rusia dan India.

Etnik Uyghur ini tidak berperwatakan seperti majoriti China lain. Tetapi lebih mirip kepada orang Turki malah mereka juga bertutur menggunakan bahasa Turki.

Jika disoroti sejarah panjang, wilayah ini pernah menerima Islam semasa pemerintahan Raja Karahanidin dimana pusat pemerintahannya berada di Kashgar yang juga merupakan pusat kegemilangan Islam pada abad ke-9.

Dikatakan juga, etnik Uyghur ini juga turut merakam detik-detik bersejarah membantu tertegaknya khalifah kerajaan Turki Uthmaniah dimana salah satu faktornya adalah geografinya yang strategik.

Timur Turkistan bertukar nama kepada Xinjiang (sehingga kini) yang bermaksud "Wilayah Baharu" selepas Wilayah Islam ini jatuh ke tangan Empayar Manchu secara keseluruhannya pada 18 November 1884.

Selepas itu, beberapa siri peperangan berlaku dan akhirnya pada tahun 1949, gerakan pemberontak People's Liberation Army (PLA) berjaya menubuhkan Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang. Ini bermakna, China mempunyai kekuasaan terhadap wilayah ini.

Sejak dari itu, sejarah hitam etnik Uyghur ini bermula. Jika umat Islam dan dunia hari ini mungkin kerapkali hanya mendengar tentang penderitaan umat Islam di Palestin, Syria & Myanmar, namun ketahuilah tidak kurang peritnya juga malah mungkin lebih dahsyat lagi keadaan di bumi Xinjiang ini. Mengapa? Kerana akses kepada media telah disekat oleh pemerintah China, maka masyarakat di luar tidak mendapat informasi yang lebih berkenaan dengan situasi di Xinjiang ini. Hanya beberapa informasi yang bocor melalui bekas tahanan penjara sahaja atau media yang terhad sahaja yang kini menjadi panduan antarabangsa.

Bertambah sedih, apabila negara Islam diseluruh dunia pun masih tidak mempunyai ketegasan dalam isu ini. Malah pada February 2019 yang lalu, satu kenyataan dibuat oleh Putera Arab Saudi, menyokong China meletakkan muslim uyghur dalam kem tahanan di Xinjiang!

Saya kongsikan siri penindasan kerajaan China terhadap Muslim Uyghur yang sedang berlaku kini;

1) Muslim Uyghur tidak dibenarkan berpuasa di bulan Ramadan. Dikatakan mereka dipaksa makan babi dan minum arak sebagai bukti tidak berpuasa

2) Diletakkan dalam kem tahanan dan diseksa ibarat binatang. Sehingga kini dikatakan ada lebih kurang 2 juta orang muslim Uyghur dalam beratus kem tahanan di China.

3) Tidak dibenarkan melakukan umrah dan haji

4) Alquran perlu didaftarkan dengan kerajaan, tidak dibenarkan menggantung ayat alquran atau gambar berbentuk tulisan ayat suci di dalam rumah

5) Lelaki Uyghur tidak dibenarkan membela janggut

6) Umat Islam ditangkap tanpa bicara dan sebab yang kukuh serta disuruh menyembah gambar Presiden China.

Ini hanya sebahagian yang kita tahu melalui sumber yang sangat terhad. Bagaimana lah keadaan sebenar disana? Seperti strategi Zionis di tanah Palestin, kerajaan China juga turut memindahkan jutaan orang China berbangsa Han ke Xinjiang. Projek perumahan berskala tinggi dan harga barang yang melambung, antara projek pembersihan etnik Uyghur yang terkesan.

Apa peranan kita?

Sehingga kini masih kurang informasi untuk menyalurkan bantuan dari sudut kewangan dan materi. Namun, antara peranan yang kita boleh sumbangkan adalah untuk terus menyebarluaskan serta menambah kecaknaan umat Islam dan juga bukan Islam terhadap sebuah lagi wilayah Umat Islam yang sedang dirobek dan ditindas.

Semoga kita mengambil ibrah Ramadan, kita semakin cakna umat.

Sekian.

Hazwan Mohamad,
Presiden,
Professional Muslim Community (PMC).


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan