Header Ads

ads header

Flash News

Zakat buku? Yuran UPSR pun murid tidak mampu, kata aktivis


KUALA LUMPUR, 26 Mei — Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mahu wakil rakyat lebih kerap menyantuni golongan asnaf zakat untuk mengetahui keperluan kumpulan itu.

Syed Azmi Alhabshi berkata perkara itu perlu bagi mendengar sendiri keperluan mereka sebelum menyediakan mengikut keadaan dan tempat, lapor Malaysiakini.

“Bila bercakap dengan budak-budak darjah enam, dia kata, yuran belum bayar. Jadi, adalah lebih wajar pembayaran yuran UPSR untuk dia dari segi kewangan.

“Walaupun buku membantu dia cemerlang, tapi kalau dia tak bayar yuran UPSR RM120, macam mana?” katanya mengulas cadangan zakat buku oleh menteri pendidikan.

Syed Azmi mencadangkan kepada kerajaan supaya meluaskan skop zakat bergantung kepada keperluan pelajar di kawasan luar bandar, yang rata-ratanya miskin.

Beliau berkata ada antaranya mereka memerlukan bayaran tertentu seperti yuran peperiksaan, yuran pengangkutan, kursus pembelajaran dan kelas pendidikan.

“Tahu tak, di Pasir Mas, untuk seorang budak (darjah enam), saya perlu ikhtiarkan untuk cari RM470 seorang untuk setahun,” kata beliau.

“Bila orang marah, tanya kenapa mahal sangat, saya jawab ‘itu keperluan dia’,” katanya, yang turut mempertahankan cadangan Maszlee Malik.

Syed Azmi berkata cadangan menteri itu demi “faedah bagi kedua-dua pihak” namun pemimpin perlu mengetahui lebih mendalam keperluan golongan asnaf.

“Saya rasa sedikit sebanyak, setiap YB perlu turun padang. (Selain itu) Kita juga perlu lihat soal penguatkuasaan (terhadap saranan itu),” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan