Header Ads

ads header

Flash News

111 sekolah, 3 IPT, 347 tadika di Pasir Gudang tutup sementara


Sebanyak 111 sekolah rendah dan menengah, 3 intitusi pengajian tinggit (IPT), 347 tadika serta 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa di Pasir Gudang diarahkan tutup sementara kerja-kerja mengatasi isu pencemaran udara dijalankan pihak berkuasa.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Johor, Azman Adnan dalam suatu kenyataan malam ini memaklumkan penutupan sementara itu akan bermula dari 25 Jun ke 27 Jun 2019 ini.

"Sehubungan dengan itu jabatan ini ingin memaklumkan kepada semua institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak dalam daerah Pasir Gudang iaitu 111 buah sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaaan, 3 institusi pendidikan tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor ditutup mulai 25 Jun 2019 (Selasa) hingga 27 Jun 2019 (Khamis) untuk kerja-kerja berkaitan mengatasi isu bahan punca pencemaran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.

"Semua pengetua dan guru besar dipohon untuk memaklumkan segera kepada semua murid, guru dan ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka dan mengambil tindakan susulan berkaitan penutupan ini.

"Jabatan ini akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid-murid berada dalam keadaan yang terbaik," katanya.

Terdahulu hari ini, Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata Punca pencemaran di kawasan Pasir Gudang sehingga menyebabkan ramai mangsa termasuk pelajar sekolah sesak nafas dan muntah sejak Khamis lepas, hanya akan diketahui dalam sehari dua lagi.

Jelasnya, agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir untuk mengenalpasti bahan kimia yang terlibat.

“Bagaimanapun, punca pencemaran itu akan diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) atau Jabatan Kimia. Tunggu dalam sehari dua lagi.

“Sebaik dapat tahu kimia itu apa, kita akan terus umumkan,” katanya.

Sementara itu, 30 kilang kimia di Pasir Gudang telah disenarai pendek untuk disiasat bagi mengenal pasti sama ada bahan kimia yang diproses di kilang-kilang itu menjadi punca kepada pencemaran terbaru di Pasir Gudang ini.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar akan menyiasat dan jika didapati kimia hampir sama dengan kimia yang menyebabkan punca pelajar sesak nafas, kita akan arahkan penutupan operasi (untuk kilang-kilang berkenaan),” kata Sahruddin lagi.

Pada Mac lalu, pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim di Pasir Gudang juga telah menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk penutupan sementara 111 sekolah.

Sebanyak 900 tan tanah tercemar bersama selut dan 1,500 tan air tercemar daripada dasar sungai berkenaan juga terpaksa dikumpul sebelum dilupuskan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan