Header Ads

ads header

Flash News

Hantar sisa Lynas ke kediaman Ahli Parlimen PH - Dominic



KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai secara sinis mencadangkan supaya sisa buangan radioaktif dari Lynas Corporation Ltd. (Lynas) dihantar ke kediaman Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terutamanya Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack.

Menurut Dominic, tindakan itu dilakukan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kesemua sisa buangan nadir bumi itu tidak memberi risiko langsung kepada rakyat.

Dominic turut mempersoalkan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membenarkan Lynas meneruskan operasi sebelum mencapai persetujuan supaya syarikat nadir bumi itu membawa pulang sisa buangan balik ke Australia.

Dakwa Dominic, Lynas mungkin dibenarkan untuk terus beroperasi walaupun Australia enggan menerima kembali sisa buangan kerana dua anak Dr. Mahathir mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut.

“Berdasarkan laporan portal Malaysia Today pada 23 September 2011, organisasi ‘Save The Malaysian’ mendedahkan dua anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Mokhzani terlibat dalam pelaburan Lynas.

“Mukhriz yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah individu bertanggungjawab meluluskan pelan pembinaan kilang Lynas manakala Mokhzani adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum yang mempunyai penglibatan dalam projek tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semasa dialog dengan Kelab Koresponden Asing Jepun (FCCJ) di Tokyo, Jepun Khamis lalu, Dr. Mahathir dilaporkan mengumumkan Malaysia akan membenarkan kilang memproses nadir bumi itu untuk terus beroperasi di negara itu.

Pengumuman Perdana Menteri tersebut menamatkan ketidakpastian yang menyelubungi masa depan kilang Lynas bernilai US$800 juta (RM3.35 bilion) di Gebeng selepas pembaharuan lesen operasinya digantung sementara. - UTUSAN ONLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: