Header Ads

ads header

Flash News

Orientalism VS Pluralism



Orientalis diwujudkan oleh pihak Barat selepas tewasnya mereka dalam Perang Salib pada era kurun ke-12.

Orientalis ialah sekumpulan pakar berkelulusan PhD dalam agama Islam, mereka ini ditugaskan untuk mengajar subjek Agama Islam di universiti terkenal seluruh dunia Eropah dan Amerika.

Mereka inilah yang banyak meng liberal kan fahaman Islam sebagai agenda untuk meng kafir kan dunia sedikit demi sedikit.

Mereka belajar, faham dan kuasai Islam dengan baik, tetapi masih menganuti agama selain Islam. Bolehkah mereka ini dijadikan rujukan atau guru kepada pelajar Islam?

Agenda Orientalis ini telah lama cuba bertapak di dunia Timur sejak dari kurun ke-12 hingga lah kurun ke 19, cuba meng kafir kembali Nusantara, India dan China.

Mereka juga bertindak sebagai tenaga pemikir untuk merosakkan Islam dengan idea-idea seperti Liberalisme, Pluralisme, Kapitalisme, Komunisme dan lain-lain.

Mengapa sehingga kurun ke-19, mereka masih tidak berjaya menjadikan penduduk Timur terutamanya Nusantara majoritinya kafir?

Pernahkah anda tertanya mengapa tidak banyak Hadith Sahih datangnya dari 4 Sahabat Nabi Ali, Usman, Umar dan Abu Bakar r.a berbanding Abu Hurairah dan lain-lain sedangkan 4 Sahabat lebih awal memeluk Islam?

Ini kerana sejak awal lagi Baginda Nabi telah menggilap 4 sahabat ini untuk menjadi Pemimpin iaitu peringkat pertama dari 8 golongan yang perlu ada untuk menjadi benteng kepada serangan golongan Orientalis.

Siapakah 8 golongan yang Nabi bentuk sehingga Islam berjaya menakluki 3/4 dunia semasa era Khalifah selepas Barat tewas Perang Salib?

Yang pertama ialah kebijaksaan para Pemimpin Islam seperti 4 sahabat yang silih berganti menjadi Khalifah selepas wafatnya Nabi.

Yang kedua ialah Ilmu para Ulama', kerana itu Nabi melarang Ibnu Umar iaitu anak kepada Saidina Umar untuk ikut berperang bukan kerana umur beliau baru 16 tahun, tetapi Nabi tahu potensi beliau lebih kepada menjadi Ulama'.

Yang ketiga ialah para Amilin, iaitu orang yang bekerja menitiskan peluhnya untuk Pendidikan, Ekonomi, Kesenian Islam dan lain-lain.

Yang keempat ialah para Syuhada', iaitu mereka yang telah syahid menumpahkan darah mereka berperang untuk Islam.

Yang kelima ialah golongan para Solihin atau Ahli Suffah, yang doa mereka makbul disisi Allah, mereka mungkin tidak berbadan sasa dan besar seperti Saidina Umar tetapi mereka ini kuat beribadat dan doa mereka amat diperlukan Ummah.

Yang keenam ialah para Pendakwah atau Dai'e, mereka inilah yang memainkan peranan untuk menyebarkan Agama Islam ke serata dunia.

Yang ke tujuh ialah golongan Hartawan yang kaya dan menggunakan kekayaan untuk infak dan zakat untuk Islam seperti Abdul Rahman bin Auf. Universiti tertua dunia Al Azhar juga wujud diatas Wakaf dan Infak.

Yang terakhir dan yang paling penting ialah tak lain dan tak bukan para Wanita Solehah, iaitu dari rahim merekalah lahirnya kesemua 7 golongan diatas.

Nabi ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah telah membentuk 8 golongan ini yang menjadi tunjang kepada kekuatan Ummah dari kurun ke-12 selepas Perang Salib sehingga kurun ke-19 dunia.

Orientalis tahu akan kebenaran Al Quran dan Hadith, justeru mereka tahu di akhir zaman akan ada satu Kebangkitan Islam dari Timur yang dijanjikan Rasulullah S.A.W.

Orientalis tidak berjaya men gospel kan Nusantara terutamanya Tanah Melayu ialah kerana terjaganya 8 golongan tersebut manakala Gold (Harta), Glory (Kuasa) dan Gospel (Kristian) ialah motto para penjajah Barat.

Kekuatan Ummah akan musnah perlahan-lahan bermula dengan Pemimpin Islam yang tidak bijaksana, Ulama' yang mengampu, Pekerja yang malas, Syuhada' yang pengecut, Solihin yang terpisah dari masyarakat, Pendakwah tidak hebat, Hartawan yang   mengikut nafsu dan yang paling bahaya ialah apabila rosaknya para Wanita.

Sejarah telah mengajar Ummah pentingnya menjaga 8 golongan ini ketika tertubuhnya Kerajaan Uthmaniyyah yang menggantikan Kerajaan Umaiyyah dan Abbasiyah yang dirosakkan 8 golongan tadi. Malangnya Kerajaan Bani Uthmaniyyah juga berjaya dirosakkan.

Orientalis Barat mempelopori idea Pluralisme iaitu Kesamarataan Agama, mengganggap semua agama adalah benar kerana semuanya mengajak kepada kebaikan.

Mereka banyak menerbitkan buku, jurnal, artikel dan kajian mengenai Islam, sehinggakan ada antara pendakwah agak terkenal Pulau Pinang yang ceramahnya banyak menafikan kejahilan Kerajaan DAP Pulau Pinang, gemar merujuk buku mengenai Islam hasil tulisan penulis Barat bukan beragama Islam.

Begitu juga dengan Mufti Negeri Pulau Pinang yang dilihat terbuka dan tidak mampu berkeras apabila berlaku insiden sebaran risalah agama Kristian di sekolah dan perumahan Melayu di Pulau Pinang.

Mereka telah berjaya di liberal kan Orientalis Barat yang bijak menjadi pemikir musuh Islam untuk menyerap Ideologi seperti Rahmatan Lil Alamin yang disalahguna sebagai panduan menggantikan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar.

Sedangkan negara Malaysia ialah negara Islam berpenduduk majoriti beragama Islam hampir 70%, sudah layak dan tiba masanya untuk melaksanakan sahaja Hukum Islam berpandukan Al Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W.

Malaysia bukan seperti Eropah atau Amerika yang mana penduduk yang beragama Islam hanyalah minoriti, sesuai untuk di Rahmatan Lil Alamin kan, contohnya seperti di New Zealand dimana umat Islam disana tidak sampai 10%. Jadi samada mahu atau tidak mereka terpaksa menelan sahaja jika penembak insiden Christchurch hanya dikenakan hukuman penjara walaupun dengan jelas telah menembak hampir 50 Syuhada Islam tanpa sebab yang munasabah.

Mereka juga terpaksa akur kerana di New Zealand telah lama dimansuhkan hukuman mati kononnya kerana melanggar hak asasi manusia, sama seperti yang diusulkan oleh Ahli Parlimen DAP supaya Malaysia juga turut memansuhkan hukuman gantung sampai mati kononnya ketinggalan zaman.

Apa agaknya tindakan Kerajaan Pakatan Harapan jika insiden seperti di  Christchurch, New Zealand (Na'uzubillah) berlaku di Malaysia? Seperti 4 pesalah kes Arwah Adib yang dilepaskan dengan jaminan polis dan tidak dapat di kesan hingga ke hari ini.

Soalnya samada Arwah Adib meninggal dunia disebabkan dilanggar atau dipukul sekalipun, perusuh patut dihukum kerana memulakan rusuhan sehingga menyebabkan kematian. Arwah Adib bukan kesana untuk melawan hatta menangkap perusuh, bahkan dipanggil untuk membantu memadam kebakaran beberapa kenderaan awam yang dibakar perusuh.

Persoalannya relevenkah jika agenda Barat Orientalis ini dikuatkan dengan Pergerakan Parti Politik dalam Pakatan Harapan?

Adakah kebetulan Ahli Parlimen PKR YB Santhara mempunyai harta tertinggi di dalam Dewan Rakyat mencegah ratusan juta ringgit?

Adakah kebetulan jumlah Ahli Parlimen berbangsa Cina ialah paling ramai mengatasi bangsa Melayu atau India?

Dan adakah kebetulan majoriti Ahli Parlimen bukan Islam dalam Pakatan Harapan beragama Kristian Bermazhab  baru Evangelis?

Adakah kebetulan jika ianya menepati motto penjajah Barat suatu ketika dulu iaitu Gold, Glory and Gospel?

Adakah mustahil suatu hari nanti Kerajaan Pakatan Harapan sehingga terpaksa memberi tauliah kepada bukan Islam dalam DAP khususnya, untuk memberi kuliah di Masjid dan Surau kononnya atas dasar muafakat dan toleransi?

Atau kerana terhutang budi dengan YB yang telah memberi sumbangan kepada Masjid dan Surau?

Bukankah ini antara langkah awal untuk mereka menjadi seperti golongan Orientalis Barat? Tahu akan Islam tetapi masih tidak mahu menukar agama mereka?

Allah ada memberi amaran bahawa Masjid bukan untuk golongan musyrik, kerana mereka ibarat najis. Sedangkan perempuan Muslim sendiri dilarang ke Masjid semasa datang haid begitu juga larangan untuk yang berhadas besar yang hanya boleh melalui kawasan Masjid sahaja.

Tidak perlu dinyatakan lagi Kerajaan Pakatan Harapan walaupun Islam tetapi pemimpinnya tidaklah bijaksana apabila menganggap kaum majoriti Bumiputra adalah pemalas. Sedangkan     pembayar cukai terbesar negara ialah dari gaji dari 2 juta penjawat awam iaitu yang tertinggi di dunia, hasil polisi Kerajaan BN semasa era Dato Seri Najib Razak.

Ulama' dalam Pakatan Harapan juga dilihat lebih kepada mengampu Pemimpin atasan sahaja, mereka takut untuk bertegas di dalam isu-isu seperti LGBT, Sebaran Syiah, Bible Melayu, Sebaran Kristian, Isu Salib Besar, Isu Status Kad Pengenalan, Isu Had Nikah dari 16 ke 18 tahun, Isu Tazkirah bukan Islam, Isu Pemberian Zakat oleh bukan Islam dan banyak lagi.

Tidak lupa kepada Isu Kedaulatan negara ICERD dan Isu Statut Rom sehingga memaksa ratusan ribu turun ke Himpunan Ummah 812 dan Majlis Raja-Raja serta Yang Di-Pertuan Agong untuk masuk campur dan mengarahkan Kerajaan Pakatan Harapan diketuai Tun Mahathir untuk menarik diri dari Perjanjian Statut Rom yang telah ditandatangani mereka tanpa meminta keizinan YDP Agong sebagai Ketua Negara.

Yang amat menghairankan, mengapa Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya dari DAP beriya benar mahu negara meratifikasi Perjanjian ICERD dan Statut Rom sedangkan negara Malaysia bukan pun berada dalam apa-apa konflik Ekonomi, Kaum, Agama mahupun Penghapusan Etnik seperti yang berlaku di Thak Bhai, Rohingya, Ughur dan sebagainya.

Dan yang paling menghairankan, adakah bangsa Melayu di dalam Pakatan Harapan tidak nampak atau buat-buat tak tahu walaupun kegusaran dan penyesalan mereka tidak tertanggung lagi disebabkan apa yang UMNO dan PAS momokkan kepada mereka selama ini tentang agenda sebenar DAP telah sikit demi sedikit pecah tembelangnya?

Tidakkah mereka sedar bahawa kaum wanita mereka telah menjadi mangsa kepada agenda Orientalis ini untuk merosakkan 8 golongan yang di jaga Islam dari zaman Nabi S.A.W?

Sehingga wujudnya golongan wanita Melayu sendiri yang memperjuangkan hak asasi wanita kononnya berlaku penindasan Islam keatas mereka, walhal Islam yang paling menjaga maruah dan keselamatan wanita kerana kerosakan Ummah bermula dari rosaknya para wanita.

Para wanita mula dihasut untuk membenci para suami yang berdakwah sepenuh masa seperti berlaku kepada Lawyer Asiah dan Lawyer Siti Kassim, yang mereka ini kononnya menjadi mangsa kepada kaum lelaki yang tahu berdakwah sahaja tanpa memperdulikan kebajikan rumahtangga.

Walhal jika mereka hayati pengorbanan Saidatina Siti Khadijah r.a terhadap Rasulullah S.A.W,  sehingga disaat wafatnya isteri pertama Nabi itu, malaikat Jibril turun memberi kain kapan dari Syurga untuk Saidatina Siti Khadijah, untuk Baginda Rasulullah S.A.W, untuk anak Rasulullah Saidatina Fatimah Az-Zahra dan untuk cucu Baginda Hassan r.a dan tidak kepada cucu Rasulullah Hussein r.a kerana akan dibunuh.

Mereka ini jahil atau sengaja tidak mahu menghayati Hadith Sahih sabda Rasulullah S.A.W yang mana setiap pahala jihad para suami juga akan diperolehi setiap isteri yang redha akan kekurangan rumahtangga disebabkan infak masa dan harta mereka kepada perjuangan Islam.

Orientalis ditaja Barat ini juga banyak mengadakan NGO-NGO seperti Sisters in Islam yang diketuai saudari Marina Mahathir, aktif mengadakan seminar dan bual bicara mengajak kepada para wanita Islam supaya menjadi seperti mereka. Bebas memilih samada mahu menutup aurat serta kononnya tidak mudah dibuli oleh lelaki, walaupun mereka terpaksa membujang sehingga tua.

Inilah di antara agenda Barat melalui idea Orientalis untuk merosakkan pemikiran kaum wanita supaya menjauhi lelaki yang ingin berjihad di jalan Islam.

Ingatlah jika rosaknya kaum wanita, maka semakin kuranglah lahirnya pemimpin Islam yang tegas berani bersuara seperti Tuan Guru Haji Hadi yang lantang di Dewan Rakyat menentang isu ICERD, memberi amaran akan mengerah berjuta rakyat untuk turun ke jalan raya jika masih mahu meratifikasi ICERD.

TGHH bukan sahaja telah menjadi Pemimpin yang bijaksana kerana berjaya menghalang ratifikasi ICERD, beliau juga tinggi ilmu agamanya, mempunyai kelulusan dalam dua cabang ilmu Islam sehingga menjawat Naib Ketua Kesatuan Ulama' Sedunia dibawah Yusof Al Qardhawi, beliau juga   bekerja sebagai nelayan di masa lapangnya, bekerja sebagai Ahli Parlimen Marang, menjadi Imam dan mengajar Kitab Hadith di Masjid pada setiap hari Jumaat.

Soalnya mengapa masih terdapat umat Islam yang masih tidak mahu bersama perjuangan Islam yang dibawa TGHH bersama PAS? Hanya kerana beliau sedikit kasar pada kata-katanya? Jika TGHH itu lemah gemalai seperti Mujahid Rawa, mahukah ratusan ribu bahkan mungkin mencecah jutaan orang Melayu dari Pantai Timur turun membanjiri Kuala Lumpur semasa Himpunan Ummah 812?

Lihatlah pada diri sendiri, mahu menjadi seperti lelaki sejati atau seperti lelaki pengecut yang hanya tahu mengkritik Ulama' seperti TGHH. Karisma TGHH mampu mengerahkan berjuta umat Islam dari Pantai Timur untuk turun berjihad melawan musuh Islam jika berlaku lagi cubaan untuk mencabar Kedaulatan Islam.

Nak harapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Himpunan BERSIH 1,2 dan 3 pun banyak di sertai penyokong dan dibantu Unit Amal PAS ketika era Pakatan Rakyat.

Nak harapkan Tun Mahathir Mohamad?  Nak kerahkan ratusan penjawat awam  ke Himpunan Suhakam semasa Himpunan ICERD pun tak mampu.

Nak harap kepada Mat Sabu? Kes syabu anaknya pun senyap. Keluar PAS kononnya membawa para professional,  walhal dia sendiri pun tak lulus kulinari UiTM. Konon mahu menukar pimpinan PAS kepada lebih maju dan moden, walhal mahu meng liberal kan dasar perjuangan PAS. Dia lupa kelulusan paling tinggi Ahli Parlimen Dewan Rakyat ialah Menteri Besar Terengganu iaitu PhD bidang Aero Angkasa.

Nak harap siapa lagi? Joseph Lim Guan Eng?

COPY&PASTE
TELEGRAM



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Orang Melayu yang bersekongkol dengan parti kafir harbi DAPig yang memusuhi Islam adalah terdiri dari:

    (1) Ulama su' (ulama jahat) yang menjual agama untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.

    (2) Puak munafik yang berpura-pura bergama Islam tetapi hati mereka membenci dan memusuhi agama Islam dan umat Islam.

    (3) Musuh Islam yang secara terang-terangan mengingkari perintah Allah dan RasulNya.

    Puak sesat lagi menyesatkan inilah yang menyokong, membela, mempromosi dan mengundi parti kafir harbi DAPig supaya DAPig boleh berkuasa dan menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Mereka adalah pengkhianat bangsa dan agama yang cuba memusnahkan agama Islam dan memecah-belahkan dan melemahkan dan menyesatkan umat Islam dari dalam. Bahkan mereka lebih berbahaya dari kafir harbi sendiri.

    BalasPadam