Header Ads

ads header

Flash News

Ibu hidang Michael Ang ketupat, rendang pagi Syawal


KUALA LUMPUR, 9 Jun — Tahun kedua meraikan Syawal sebagai mualaf, pengarah Michael Ang teruja disambut sanak keluarga.

Ang, 42, berkata keluarganya sedia meraikan Syawal dengan juadah raya seperti kebiasaan keluarga Melayu meraikan sambutan Aidilfitri.

“Raya pertama saya akan raikan bersama keluarga. Sama macam tahun lepas, ada hidangan di rumah.

“Saya pergi ke rumah ibu, dia yang akan sediakan. Tahun lepas, mereka beri saya kejutan. Ada lemang, ketupat, rendang ayam dan rendang daging.

“Semua kegemaran saya,” katanya yang mengambil peluang cuti sempena Ramadan untuk meneruskan pengajian Islam.

Pengarah filem “Kimchi Untuk Awak” hujung bulan lalu mengumumkan memeluk Islam sejak setahun lepas.

Ang berkata status agama disembunyikannya selama ini bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat berhubung akidahnya yang beralih kepada Islam.

“Saya sembunyikannya kerana ia sangat peribadi antara saya dengan Tuhan. Saya tidak perlu beritahu kerana faham sajalah mulut manusia.

“Saya tidak mahu mendengar kecaman. Bila saya sembunyi, saya tidak dengar kecaman orang, saya bahagia,” katanya.

Pengarah drama “Suri Hati Mr Pilot” berkata walau sibuk dengan penggambaran sebelum ini namun masa tertentu tetap diluangkan untuk mendalami Islam.

Katanya, hidayah yang diterima bukanlah kerana memiliki ramai kawan Melayu tetapi mimpi dan petunjuk yang membuatkannya berasa seruan Islam.

“Tiada kena-mengena saya banyak kawan Melayu atau mengarah drama Melayu. Hidayah saya melalui mimpi.

“Saya dapat satu mimpi dan kemudian diberikan satu petunjuk, saya yakin ini masa yang tepat.

“Sekarang ada ustaz datang rumah mengajar. Saya belum belajar mengaji. Solat sudah tetapi bacaan masih dalam bahasa Inggeris.

“Saya tahu baca al-Fatihah dan itu perkara pertama yang saya belajar,” katanya menepis kecaman pengikut media sosial.

Ang berkata walau pihak tertentu membangkitkan soal berkhatan, namun hal berkenaan tidak perlu dihebahkan kepada umum.

“Ada soalan begitu. Saya abaikan. Bagi saya sekarang, apa yang mereka kata, nak kata saya murtad pun, katalah, tidak beri kesan kepada saya,” katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Apabila seorang manusia memeluk agama Islam maka syaitan dan iblis pasti akan menjadi kecewa dan marah dan mengutuk, menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan manusia tersebut kerana syaitan dan iblis telah gagal dalam misi jahat mereka menyesatkan manusia.

    BalasPadam