Header Ads

ads header

Flash News

Jangan sebar video intim ‘menteri’ - Asyraf Wajdi


Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan mengundang murka Allah SWT.

Beliau berkata, orang ramai khususnya umat Islam harus kekal berpegang kepada prinsip Islam.

"Pandangan saya kita harus kekal berpegang kepada prinsip Islam untuk mengelakkan diri daripada turut menyebarkannya agar tidak dilaknat Allah dan dibuka keaiban kita di dunia dan di akhirat kelak.

"Lebih membimbangkan jika video tersebut adalah palsu, pastinya dosanya lebih besar dan laknat Allah yang lebih berat bakal menimpa kita," tulis beliau di laman Facebooknya, hari ini.

Pengedaran video melalui kumpulan Whatsapp

Asyraf turut memetik sepotong hadis yang membawa maksud Nabi Muhammad SAW melarang umatnya mencari aib atau membuka aib sesama Muslim.

Awal pagi tadi penyebaran gambar-gambar dan video berkenaan dilakukan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’.

Beberapa wartawan Malaysiakini turut dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp berkenaan di mana klip video tersebut dikongsikan.

Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mengetahui mengenai penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video ‘intim sejenis’ yang didakwa mirip seorang menteri kabinetnya yang tersebar hari ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan