Header Ads

ads header

Flash News

Mereka sengaja timbul isu Taman Rimba Kiara, kata Khalid Samad


KUALA LUMPUR: Sebenarnya tidak ada isu lagi berkaitan Taman Rimba Kiara seperti yang dibangkitkan Persatuan Penduduk dan Badan Pengurusan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan beberapa pihak, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

“Secara jujurnya, tidak ada isu. Mereka timbul isu ‘konflik kepentingan’,” katanya mengulas mengenai kritikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh terhadap isu Taman Rimba Kiara.

Khalid berkata kenyataan setiausaha akhbarnya, Zulkifli Sulong semalam menjawab kenyataan Persatuan Penduduk TTDI pada 4 Jun lalu.

“Janganlah marah orang jawab,” katanya pada sidang media khas mengenai Yayasan Wilayah Persekutuan di Wisma YWP.

Semalam, Zulkifli meminta Persatuan Penduduk dan Badan Pengurusan TTDI berhenti memutarbelitkan isu pembangunan rumah panjang yang dilihat seperti terdesak untuk menagih perhatian orang ramai demi menyokong tuntutan mereka.

Zulkifli meluahkan kekecewaannya atas cubaan itu kerana ia memanaskan isu pembangunan tersebut walhal banyak perkara sudah dijelaskan dan diambil kira pihak Kementerian.

Hannah di Facebook hari ini pula mempersoalkan beberapa kenyataan dari pihak Khalid mengenai isu Taman Rimba Kiara, walaupun sebelum ini menteri memberi jaminan isu itu akan diputuskan oleh Kabinet.

“Tetapi hampir setiap minggu ada saja video atau kenyataan baru yang cuba menyakinkan orang awam bahawa perlaksanaan projek ini pada skala lebih kecil adalah baik untuk warga Kuala Lumpur.

“Cubaan ini adalah sebab utama isu konflik kepentingan dibangkitkan,” kata Hannah.

Hannah juga mempersoalkan keperluan Zulkifli mempertahankan projek Yayasan Wilayah Persekutuan di mana pengerusinya adalah juga menteri WP sendiri.

Sementara itu, Khalid berkata kertas cadangan mengenai isu Taman Rimba Kiara dijangka akan dibentangkan sebulan lagi.

Ini bergantung kepada maklum balas dari kementerian-kementerian dan Peguam Negara Tommy Thomas.

“Kertas dah siap, tetapi sebab cuti Aidilfitri jadi ambil masa dalam sebulan lagi.

“Kita kena hantar kepada kementerian-kementerian lain dulu dan pejabat peguam negara. Kita hantar serentak,” katanya.

MR :  PH ni kerja mereka bergaduh sesama sendiri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan