Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa ambil alih konsesi lebuh raya hampir tamat, soal senator


Senator Khairul Azwan Harun mempersoalkan langkah kerajaan untuk mengambil alih konsesi lebuh raya tertentu yang menurutnya sudah hampir tamat.

Memetik Lebuhraya Shah Alam (Kesas) sebagai contoh, senator lantikan Umno itu berkata konsesi bagi lebuh raya berkenaan dijangka tamat dalam tempoh empat tahun.

Selain itu, katanya, kadar tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tidak lagi akan dinaikkan meskipun konsesinya hanya akan tamat pada 2030.

"Pada Ogos 2017, disahkan bahawa kadar tol lebuh raya seperti LDP tidak lagi akan dinaikkan.

"Jadi agak mengelirukan apabila kerajaan menakutkan rakyat dengan mengatakan bahawa mereka mengambil alih konsesi berkenaan bagi menyelamatkan rakyat daripada kenaikan kadar tol," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Khairul menuduh Kementerian Kewangan memberi "manfaat besar" kepada pemilik konsesi tol yang terlibat.



"Bagaimana mengambil alih (LDP) dengan RM2.47 bilion dan RM1.38 bilion (Kesas) dilihat sebagai langkah strategik?

"Saya harap Kementerian Kewangan dapat menjelaskan dan menggariskan kos spesifik sehingga menelan kos RM6.2 bilion.

"Bagi memastikan ketelusan, saya harap Kementerian Kewangan boleh menggariskan dengan lebih jelas apa sebenarnya RM6.2 bilion itu, jika bukan untuk mengambil alih konsesi," katanya.

Selain Kesas dan LDP, kerajaan juga sedang cuba mengambil alih Terowong Smart dan Lebuhraya Sprint.
Iklan

Cadangan bagi mengambil alih empat konsesi berkenaan dikatakan akan menelan belanja RM6.2 bilion.

Daripada empat lebuh raya itu, Kesas merupakan lebuh raya dengan konsesi yang paling hampir untuk tamat iaitu pada 18 Ogos 2023.

Bagi LDP pula, konsesinya akan tamat pada 14 Ogos 2030, sementara Terowong Smart akan tamat pada 31 Dis 2042.

Lebuhraya Sprint mempunyai beberapa komponen dan akan tamat antara 15 Dis 2031 hingga 14 Dis 2034.

Sekiranya konsesi tidak dilanjutkan, tol tidak lagi akan dikutip selepas tarikh konsesi luput.

MR :  Ni kira nak main wayang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan