Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Johor tak ambil pengajaran insiden Sg Kim-Kim, kata bekas MB


PETALING JAYA: Mohamed Khaled Nordin mendakwa kerajaan Johor tidak mengambil pengajaran daripada insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, susulan pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang sejak 5 hari lepas.

Bekas menteri besar itu menggesa kerajaan Johor membentangkan rancangan menguruskan pencemaran itu bagi memastikan kejadian itu dapat ditangani dengan segera.

“Kerajaan negeri sebelum ini ada meyakinkan orang awam bahawa mereka akan melihat perkara seperti ini secara serius. Akan ada prosedur dan garis amalan yang diperkemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan dengan pantas menjawab cadangan pembangkang dengan mengatakan keadaan bawah kawalan dan memberi jaminan kejadian tidak akan dibiarkan berulang.

“Saya berasa cukup sedih dan kecewa apabila mengetahui kejadian kali ke-2 melibatkan pencemaran gas dan kimia sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat terutamanya para pelajar sekolah di Pasir Gudang,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menggesa Putrajaya segera mengambil alih operasi pemantauan pencemaran udara yang dilihat semakin merebak di Pasir Gudang.

Hassan turut mencadangkan Putrajaya mengeluarkan perintah supaya semua kilang kimia yang mengeluarkan gas supaya berhenti beroperasi sehingga keadaan pulih.

Khaled berkata, tindakan berlengah kerajaan Johor mendedahkan punca pencemaran akan menyebabkan penduduk di sekitar Pasir Gudang panik dan tertekan dengan ketidaktentuan dalam berhadapan situasi ini.

“Janganlah sekali lagi membiarkan masyarakat dalam kebingungan sedangkan mereka yang terpaksa menerima kesan langsungnya. Kita tidak boleh membiarkan perkara sebegini menjadi kelaziman,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Md Farid Md Rafik berkata, 9 tabika perpaduan sekitar Pasir Gudang antara yang diarah tutup berikutan pencemaran udara yang berlaku.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar sebelum ini mengumumkan 3 sekolah dan 2 tadika di Pasir Gudang ditutup bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan lanjut berhubung insiden sesak nafas membabitkan 15 pelajar di kawasan itu.

Pada masa sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin percaya kejadian pencemaran udara yang berlaku sejak 20 Jun lalu di Pasir Gudang rentetan daripada pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim.

Katanya, pihaknya dimaklumkan oleh bomba bahawa sisa toksik yang dikeluarkan dari sungai berkenaan masih belum dilupuskan sepenuhnya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan