Header Ads

ads header

Flash News

Lemang 6 kaki dilelong RM4000



Menarik apa yang berlaku sebentar tadi. Ideanya memang gila-gila, tapi hasilnya lumayan.

PAS Cawangan Pos Lanai, Cameron Highland kali ini telah membuat lelongan lemang berukuran 6 kaki di dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 65.

Cawangan PAS ini merupakan cawangan yang baharu ditubuhkan dan terdiri daripada Orang Asal.

Lemang yang dibakar selama 10 jam ini dilelong bagi mengumpul dana pembinaan markaz PAS cawangan tersebut.

Lelongan dibuka pada harga RM200.

Berpusu-pusu para perwakilan membuat bidaan.

Tidak sampai 20 minit, lelongan ditutup dan dimenangi oleh PAS Kawasan Kuala Nerus, Terengganu dengan nilai RM4000.

Sebelum itu bidaan hangat turut disertai oleh Dewan Pemuda PAS dengan bidaan RM1000 kemudian disaingi oleh Dewan Muslimat PAS dengan nilai RM3000.

Tetapi akhirnya dimenangi oleh PAS Kuala Nerus.

Menariknya, dalam situasi tidak sampai 20 minit ini, mendapat perhatian seliruh para perwakilan dan pemerhati malahan wartawan.

Senyuman Ayah Chik, Presiden PAS yang turut ambil bahagian dalam proses ini menambah ceria suasana bidaan.

Gembira melihat atmosfera yang sangat menyenangkan hati ini, persis gurauan dalam kalangan adik beradik. ...
Mus Kasih Sayang,
Menulis ceritera muktamar.

MR :  PAS bermula dengan duit poket ahli, tapi ada 'celaka' yang pernah makan setalan dengan PAS kononnnya PAS dapat duit RM90 juta


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan