Header Ads

ads header

Flash News

Nah, itu baru dua negeri PAS perintah


KAWAN saya, seorang pakar terkenal dalam bidangnya, memilih untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini. Saya berkongsi pandangan dengannya lebih sejam.

Alasan utamanya adalah alasan utama pengundi PH iaitu demi jatuhkan DS Najib. Beliau menambah, bagaimana PH nak memerintah, kita kira kemudian. Yang utama, negara dah teruk akibat Najib. Semuanya adalah demi rakyat bawahan yang sedang hidup merana. Saya khusyukkan diri mendengar kawan yang dihormati berhujah penuh yakin. Saya hanya berseloroh, "Ingatkan dah jadi DAP..". Dia ketawa menafikan. Dia tahu saya tahu dia kuat semangat Melayunya.

Beliau mengkritik beberapa perkara mengenai PAS. Saya bersetuju dan berkongsi beberapa kritikannya adalah benar. Itu juga concern saya dalam membina PAS.

Dia 'push' supaya PAS lebih menonjolkan tokoh-tokoh profesional dan jangan terlalu ustaz sangat. Baru dapat bersaing memenangi hati rakyat.

Hehe 'boring' bab ini. Saya buat serius tanya dia dua soalan supaya dia lebih serius masa menjawab. Soalan satu, siapa Menteri Besar paling warak dalam Malaysia? Dia merenung 6 saat, kemudian menjawab, "Dato Mad Yakob kita." Saya mengiyakan. Saya tanya soalan kedua, siapa Menteri Besar paling profesional kepakarannya dalam Malaysia? Dia merenung 7 saat, lalu menjawab, "Menteri Besar Terengganu."

Saya berkata, "Nah, itu baru dua Negeri PAS memerintah." Hampir saya berkata kepadanya bahawa jika PAS berjaya memenangi Negeri Kedah baru-baru ini, maka calon MB-nya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, seorang pemilik Ijazah PhD.

Silalah buat perbandingan jika mahu. Tujuan saya, agar dia tersentak sedar bahawa golongan profesional dalam PAS adalah unggul. Jika Terengganu yang rakyatnya berlatar agama yang kuat boleh menerima seorang Pakar Kejuruteraan Aeroangkasa sebagai MB, bukankah lebih nyata bahawa PAS pasti mengemukakan calon yang sedemikian juga levelnya sebagai MB di semua negeri?

Apalah dogma bahawa PAS meminggirkan semua golongan demi penguasaan golongan ustaz? Ironinya, saya bersimpati pula dengan keluhan beberapa ustaz 'belah sana' yang mula rasa terpinggir tidak didengari akibat jamaahnya terlalu dikuasai golongan profesional. Kata mereka, pertimbangan agama sudah semakin menipis.

Begitulah perjuangan. Susah senang berpahala tiada ruginya.

FB


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. nasib baik dua.klu lebih..jahanam malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentera kacang merah ternakan parti kafir harbi DA-Pig detected.

      Fakta:

      Baru setahun Pakatan Hancing perintah negara, negara sudah jahanam!

      Ekonomi, pelaburan asing, nilai ringgit, harga getah dan kelapa sawit dll merundum dan kadar pengangguran, beban rakyat, harga barang dan perkhidmatan, bilangan rakyat hilang kerja, hutang kerajaan persekutuan dll meningkat tinggi.

      Mana pelbagai janji dalam menipufesto Pakatan Hancing seperti tol percuma, 1 juta kerja kosong gaji RM2500, harga minyak RM1.50 seliter, pengecualian atau penghapusan bayaran balik PTTN , rule of law dll? Semuanya kencing!

      Nampaknya Pakatan Hancing telah kencing rakyat dengan pelbagai fitnah dan janji palsu. Hancing seluruh negara!

      Wah Pakatan Hancing hanya pandai melingkupkan negara!

      Padam
    2. Hoi bangang ko,macai PAS otak beku, org.mkn nasi.jadi.lh.akal,ko.jadi taik,,bodoh.di tipu Lebai Hadi,,PH.x tunai.janji.ko.kata hancing tapi pas penipu.putar.alam, mengkafirkan umno.Amanah.dan PKR.x tunai.janji.pru 14 kelantan & Terengganu tu Lebai.Hadi,minta sabar dulu yer,konon.bila2 masa
      boleh.buat,putar alam, penipu.lh.Pas,,munafik,,hutang kerajaan persekutuan 600'juta x boleh bayar,,PAS, Parti.Agama.Sesat.

      Padam
    3. Wah nampaknya tentera kecang merah ternakan parti kafir harbi DAPig sedang sakit mental meroyan histeria memaki hamun orang yang mendedahkan penipuan, fitnah dan janji palsu ciptaan Pakatan Hancing pimpinan DAPig.

      Sebelum PRU pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing berkata dengan bangga(ng)nya " Jika kita menang hari ini, esok kita akan hapuskan tol, tangguh atau hapus bayaran balik PTPTN , turunkan harga minyak (kepada RM1.50 seliter) ... .. bla..... bla.... bla..... "

      Mana semua janji dalam menipufesto Pakatan Hancing? Semuanya kencing sahaja! Semuanya telah ke laut!

      Tanpa merasa malu dan segan, Pakatan Hancing pimpinan DAPig telah kencing rakyat sehingga hancing seluruh negara. Rakyat hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja selepas ditipu oleh Pakatan Hancing.

      Mana janji satu juta pekerjaan dengan gaji minimum RM2500 yang telah dijanjikan oleh Pakatan Hancing pimpinan DAPig? Semuanya kencing!

      Kasihan rakyat telah diperbodohkan, di permainkan dan dihina oleh Pakatan Hancing pimpinan DAPig setelah mereka memenangi PRU.

      Padam
    4. Orang bodoh sahaja percaya pada Pee H.

      Padam
  2. dia terpedaya dgn statement org2 pan "yg pro semua dh abis kluar PAS masuk pan"

    BalasPadam