Header Ads

ads header

Flash News

Najib pinda perlembagaan SRC untuk kawal syarikat, kata bekas pengerusi


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Najib Razak menambah klausa dalam perlembagaan SRC International Sdn Bhd dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk menjadikannya “adviser emeritus” syarikat itu.

Bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail berkata, pindaan itu secara tidak langsung memberi kuasa kepadanya untuk mengawal syarikat itu yang terletak di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan).

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata, ini dimaklumkan dalam minit mesyuarat pemegang saham pada 23 April 2012 yang ditandatangani Najib.

Tetapi, lokasi EGM itu tidak didedahkan.

“Minit itu menyatakan Perkara 117 ditambah dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan SRC International.

“Katanya, perdana menteri (Najib) dijadikan ‘adviser emeritus’ SRC International dan lembaga pengarah akan memberi pertimbangan serta melaksanakan sebarang nasihat ‘adviser emeritus’ demi kepentingan syarikat,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-22 perbicaraan Najib.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan