Header Ads

ads header

Flash News

PAS atau Dr Aziz Bari yang jahil, tidak tahu sejarah?


HEBAT juga Naib Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari, membantai PAS sekali gus membela boss beliau dalam DAP, Nga Kor Ming, dalam isu desakan supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.

Kata Dr Abdul Aziz Bari, desakan Salamiah Mohd Nor menunjukkan PAS ekstrem, rasis, jahil dan tidak tahu sejarah kerana kononnya cadangan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan penubuhan sekolah-sekolah tersebut.

Pelik juga kenyataan Dr Abdul Aziz Bari kerana, kalau mengikut logik akal, pihak yang memperjuangkan pengekalan sekolah-sekolah Cina dan Tamil inilah yang sepatutnya digelar sebagai ekstrem dan rasis kerana memikirkan kepentingan kaum semata-mata.

Dari sudut lain pula, bagaimanakah Dr Abdul Aziz Bari yang dilahirkan pada 22 Ogos 1959 boleh mendakwa PAS jahil dan tidak tahu sejarah sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 pun berpandangan sama dengan PAS?

Dalam tulisan beliau pada 17 November 2014, Tun Dr Mahathir menceritakan bila Aziz Ishak mahu menukarkan semua sekolah kepada sekolah kebangsaan, kaum Cina membuat bising menyebabkan Kabinet membenarkan sekolah-sekolah Cina dan Tamil.
Dalam bahasa yang jelas, Tun Dr Mahathir menyebut bahawa keputusan itu adalah keputusan politik dan tiada apa-apa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkannya (“The decision was political. Nothing in the Constitution provided for this.)”

Dalam konteks ini, Dr Abdul Aziz Bari yang berusia 60 tahun atau Tun Dr Mahathir yang berusia 94 tahunkah yang jahil dan tidak tahu sejarah?

Lupa pula, Dr Abdul Aziz Barilah yang menggesa Tun Dr Mahathir ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan pada 15 Mac 2011 kerana mempersoalkan status sekolah-sekolah ini.

Sama juga, Dr Abdul Aziz Bari atau tokoh sejarah ternama mendiang Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kimkah yang jahil dan tidak tahu sejarah?

Kalau Tan Sri Khoo Kay Kim jahil dan tidak tahu sejarah, mengapakah mendiang boleh turut mendesak supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan pada 22 Oktober 2009? - HARAKAHDAILY 24/6/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Orang Melayu yang bersekongkol dengan parti kafir harbi DAPig adalah pengkhianat bangsa dan agama kerana DAPig telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka.

    Sebaliknya pengkhianat-pengkhianat ini menyalak bising membela boss kafir harbi mereka iika boss kafir dikritik oleh pembela umat Islam.

    Malangnya penjilat kafir harbi ini berdiam diri seperti syaitan bisu @ pasu bunga setiap kali pemimpin kafir harbi menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan umat Islam.

    Sekolah vernakular sangat jelas memecah-belahkan rakyat kerana sikap dan mentaliti rasis sekolah vernakular sendiri tetapi penjilat kafir harbi tetap membela sekolah vernakular kerana dedak cap roket lebih penting dari perpaduan rakyat.

    BalasPadam
  2. assalammualaikum.

    Ingat tak dari waktu kita kecil, disuapkan kepada kita tentang suatu sosok manusia yg dipanggil pengkhianat bangsa?
    kononnya sudah banyak kerajaan orang melayu terdahulu runtuh oleh kerana perlakuan mereka.
    diingat-ingatkan bergenerasi tentang bahayanya mereka2 ini.

    Kerna melayu tidak pernah kalah total menghadapi bangsa luar sejak berzaman. tetapi sehingga kini kita tak punya solusi bagi menghadapi musuh didalam selimut sendiri.





    BalasPadam