Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda PH lebih sudu dari kuah


Pemuda Pakatan Harapan (PH) seperti lebih sudu daripada kuah apabila membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung dana Umno yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bendahari Pemuda Umno Kelantan, Wan Mohamed Rasman wan Hassan berkata, ini kerana isu itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah Pejabat Pendakwa Raya juga masih belum melakukan dakwaan.

"Kita lihat tindakan Pemuda PH ini bersifat jahat demi menutup isu yang melanda PH khususnya isu video seks yang didakwa membabitkan pimpinan mereka," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Pemuda PH Kelantan menggesa ROS mengambil tindakan tegas terhadap Umno berhubung dakwaan menerima sejumlah besar wang 1MDB.

Timbalan Pemuda PH Kelantan, Hazmi Hassan berkata gesaan itu dibuat susulan dakwaan SPRM bahawa Umno merupakan salah satu pihak yang menerima wang secara haram daripada 1MDB.



"Mengikut pendedahan yang dilakukan SPRM, sejumlah RM 212 juta dana telah dipindahkan daripada syarikat tersebut kepada Umno.

"Ini adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembangunan ekonomi negara bukan disalurkan demi kepentingan parti dan kegunaan Umno," katanya.

Sementara itu Wan Mohamed Rasman berkata mahkamah belum lagi membuktikan Umno bersalah dan saman lucuthak juga baru sahaja dimulakan.

"Jadi bagi saya tindakan melaporkan Umno kepada ROS dilihat sebagai tindakan kurang bijak dan melambangkan tahap pemikiran yang rendah.

"Saya melihat jika Umno Kelantan belum lagi bersalah sepatutnya isu sedemikian tidak dimainkan lagi.

"Ia dimainkan sekadar untuk menutup rasa gerun mereka terhadap penyatuan ummah yang telah diterima baik oleh pelbagai lapisan dan kaum di Malaysia ini," katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan