Header Ads

ads header

Flash News

Penarafan Petronas Jatuh, Rekod Baru Dicipta PH


KUALA LUMPUR – Penurunan penarafan Petronas dari A1 kepada A2 oleh Moody’s Investors Service disifatkan sebagai rekod baharu yang dicipta lagi oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Najib Razak berkata, syarikat minyak milik negara itu kekal mendapat A1 sepanjang pentadbirannya walaupun melalui krisis kejatuhan harga minyak paling teruk dalam sejarah.

“Rekod baru dicipta lagi oleh kerajaan PH,” sindirnya.

Beliau turut menyenarai rentetan penarafan Petronas.

20 Julai 2010: Penarafan A1 , prospek dari negatif ke stabil.

22 Jun 2012: 16 Mei 2013: Penarafan A1 , prospek stabil.

16 Mei 2013: Penarafan A1 , prospek stabil.

16 Disember 2015: Penarafan A1 , prospek stabil walaupun harga minyak dunia pada masa itu jatuh 80% ke bawah US$30 satu tong.

17 Mac 2016: Penarafan A1 , prospek stabil.

30 Ogos 2017: Penarafan A1 , prospek stabil.

28 Mac 2018: Penarafan A1 , prospek stabil.

Perbandingan dilakukan semasa Petronas di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

20 Ogos 2018: Penarafan A1 , prospek stabil.

8 November 2018: Penarafan A1 , prospek dari stabil ke negatif.

21 Jun 2019: Penarafan ke A2.

Semalam, syarikat penarafan kredit antarabangsa itu telah menurunkan penarafan Petronas. Ia diturunkan dari A1 kepada A2 menurut laporannya.

Bekas perdana menteri itu pernah memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan mengenai kemungkinan itu pada tahun lepas.

“Tahun lepas, saya telah memberi amaran tentang ini apabila PH meningkatkan ketergantungan kerajaan kepada hasil minyak kepada tahap yang tinggi dan setelah mereka menjarah RM82 bilion dari Petronas,” ujarnya.

Petronas yang mengulas mengenai perkembangan terbaharu itu berkata, walaupaun penarafannya turun tetapi asas kukuhnya kekal tidak berubah.

Katanya, syarikat itu secara konsisten mengekalkan dasar kewangan konservatif dan imbangan tunai bersih yang sihat yang membolehkannya menahan ketidaktentuan dan kejutan dalam pasaran. – MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan