Header Ads

ads header

Flash News

PKR tak gantung Azmin, Haziq selepas isu video seks, kata pemimpin parti


KUALA LUMPUR: PKR tidak menggantung jawatan Azmin Ali dan Muhammad Haziq Aziz dalam parti susulan kontroversi klip video seks sejenis, kata Ketua PKR Bahagian Selayang, William Leong.

Beliau yang dijemput untuk menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR semalam berkata, mesyuarat itu memutuskan untuk menunggu laporan penuh siasatan polis sebelum menentukan tindakan lanjut ke atas timbalan presiden PKR dan ketua Pemuda Bahagian Santubong itu.

“Tidak adil kalau kita ambil tindakan tanpa mempunyai fakta. Jadi kita tunggu, kami dimaklumkan siasatan polis telah bermula dan beberapa hari lagi kita tengok perkembangan, kita ingin berlaku adil kepada semua,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, Haziq menggemparkan negara dengan memuat naik video 30 saat di Facebook mengaku dirinya terbabit dalam klip video seks sejenis yang tersebar di WhatsApp sejak kelmarin.

Beliau menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam klip video seks itu dan mendakwa kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil kerus Parlimen itu baru-baru ini.

Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya komplot jahat untuk mencemarkan reputasi, keperibadiannya dan memusnahkan kerjaya politiknya serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq.

Hari ini, Kementerian Industri Utama menggantung tugas Haziq serta-merta dan memberi 3 hari kepadanya untuk menjawab surat tunjuk sebab, beberapa jam selepas setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin, itu mempersoalkan kejujuran kerajaan Pakatan Harapan, ekoran pemimpin kerajaan menuduhnya mempunyai agenda politik dengan pengakuannya semalam.

Katanya, hubungan seks yang didakwa dilakukannya dengan Azmin bukan kejadian pertama dan menuduh setiausaha politik Azmin memaksanya menarik balik tuduhan ke atas Azmin.

Haziq turut menyifatkan Azmin sebagai “lelaki sakit” dan menuduhnya merakam video itu untuk dijadikan “koleksi peribadi”.

MR :  Nak gantung seorang takut ada orang komen, nak gantung 2-2 takut rosak dalaman, akhirnya tak gantung walaupun nyata salah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan