Header Ads

ads header

Flash News

PKR terbahagi 2 kem isu pelantikan Latheefa


Pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mencetuskan perdebatan hangat termasuk dalam kalangan pemimpin PKR, parti yang pernah dianggotai peguam itu.
 
Pihak yang menyokong menyifatkan perwatakan tegas Latheefa sesuai bagi tugas berkenaan, sementara pihak yang mengkritik mempertikaikan cara pelantikan itu dibuat.

Pelantikan Latheefa menyebabkan pemimpin bekas partinya dilihat terbahagi kepada dua kem yang tidak lagi asing dispekulasikan dengan parti itu, secara kebetulan atau tidak.

Naib Presiden PKR Tian Chua, dalam kenyataannya menyokong pelantikan Latheefa, menyorot bahawa Latheefa merupakan seorang peguam yang berdedikasi dan pada masa yang sama merupakan pengkritik Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, dalam menafikan spekulasi peletakan jawatannya, Tian Chua pernah dilihat kritikal terhadap Anwar apabila mengingatkan kepimpinan PKR agar berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya.

Pendekatan kritikal Tian Chua dan Latheefa terhadap Anwar membuatkan mereka dilihat sebagai berada dalam kem Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, pemimpin PKR yang mempertikaikan pelantikan Latheefa adalah Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew.

Kedua-dua mereka, yang menyokong petisyen menggesa peletakan jawatan Latheefa, sering dilihat sebagai penyokong kuat Anwar.

Nik Nazmi menyifatkan pelantikan Latheefa tidak selari dengan janji PH dalam manifesto pilihan raya yang mahu memastikan agar SPRM melapor terus kepada parlimen dan bukannya kepada perdana menteri.
 
 
However, Nik Nazmi was then met with complaints about his own conduct his appointments when he was PKR Youth chief.

Membalas ciapan Twitter Nik Nazmi tentang perkara itu, Ahli Pemuda PKR Habib Mazlan memuat naik menifesto Nik Nazmi ketika bertanding untuk jawatan dalam Pemuda PKR.

Dalam manifesto itu, Nik Nazmi berjanji untuk mengadakan persidangan bagi pelantikan ketua Pemuda PKR negeri.

Manifesto itu dilihat bercanggah apabila ketua Pemuda PKR mempunyai kuasa untuk melantik ketua Pemuda PKR negeri yang dilihat sesuai.
 
 
"Mungkin YB lupa di bawah ini salah satu manifesto YB sewaktu bertanding Ketua AMK Pusat. YB menang, tetapi Ketua AMK negeri tidak dilantik melalui konvensyen.

"Malahan YB dengan sendiri melantik diri sendiri menjadi Ketua AMK Negeri Selangor tanpa persetujuan cabang di dalam Selangor," katanya.

Kritikan itu diulang ciap oleh Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, pemimpin PKR yang dilihat merupakan orang kanan Mohamed Azmin.

Zuraida juga mengulang ciap dakwaan habib bahawa Pemuda PKR tidak mengadakan mesyuarat biro politik lebih setahun.

"Harap ada pembaikan (di bawah kepimpinan) yang baru," tambah Zuraida.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan