Header Ads

ads header

Flash News

Who Is Hadi Awang Compare To Mahathir?


Jikalau Mahathir saya namakan World Most Talented Politician, bagaimanakah saya namakan Tuan Guru Hadi Awang?

Tuan Guru Hadi Awang (TGHH) tidak sesuai dinobatkan antara politician terbaik kerana perkataan poltician dizaman ini tidak berpadanan dengan siapa diri beliau sebenarnya. TGHH adalah World Most Virtuous & Peacekeeping Leader.

Di dunia ini ramai ahli politik mempunyai kepandaian dan kemahiran tersendiri tetapi sangat sedikit ahli politik boleh digelar leader dan sangat sedikit ahli politik yang mempunyai high moral standard, berjiwa pejuang dan berpendirian. TGHH adalah leader yang meletakkan diri sebaris dengan Sukarno, Nelson Mandela dan yang sewaktu dengannya. Di waktu kebanyakan leader pada kelasnya adalah freedom fighter, pejuang nasionalis, TGHH adalah pejuang dalam gerakan politik Islam.

Beliau adalah antara sosok pemimpin yang mempunyai standard moral yang tinggi dengan kehidupan serba sederhana yang mana banyak dapat dilihat berada di dalam parti politik yang diterajuinya iaitu PAS.

MAN OF KNOWLEDGE


Mempunyai dua ijazah dari Universiti Islam Madinah dan Universiti Al Azhar, ketinggian ilmu beliau diakui beberapa ulama tersohor dunia kerana penguasaan beliau dalam beberapa disiplin ilmu. Menulis lebih seratus buah buku termasuk akademik. Ketokohan ilmu beliau menyebabkan beliau dijemput KUIS untuk menjadi Naib Ketua Ulama Sedunia membantu Syeikh Yusof Al Qaradhawi. Beliau adalah antara jumlah kecil ilmuan Islam hebat yang terlibat dalam gerakan politik nasional dan dunia.

THE PEACEKEEPER

Dikala dunia melabel Islam teroris, ditambah lagi dengan kebobrokan dunia arab dalam arena politik dunia, tercetusnya pergolakan melibatkan dunia Islam. Majoriti politician sebenarnya adalah pencetus kepada pergolakan dan sangat kurang menjadi sosok kepada perdamaian.

Tidak ramai tahu bahawa TGHH adalah individu yang bertanggungjawab dan berjaya menghentikan peperangan dan kehilangan nyawa berterusan didalam beberapa konflik bersenjata yang popular.

Secara pasti konflik di Aceh dan Selatan Filipina berjaya ditamatkan dimeja rundingan dengan peranan besar yang dimainkan oleh beliau. Konflik di Yaman pula pada asalnya berjaya dicapai namun kedegilan Saudi menyebabkan segala usaha beliau menjadi sia-sia.



Beliau juga memainkan peranan penting dengan syeikhul azhar dan beberapa ulama sunni dalam mengelakkan konflik bersenjata yang berpunca dari api kebencian sunni syiah. Walaubagaimanapun, peranan beliau dalam Majma Taqrib disalahtafsir sebagai mesra syiah.

Begitu juga peranan beliau dalam arena politik Malaysia sebagai pendamai sungguhpun dituduh sebagai taliban. Bukti yang jelas adalah Parti PAS membuka tangan untuk menerima UMNO.



Perseteruan berpuluh tahun kedua parti ini menjangkakan disaat UMNO bakal runtuhnya sehabisnya selepas tumbang pada PRU14, menerima sambutan tangan dari musuh lama mereka iaitu PAS untuk terus bernafas dalam arena Malaysia dan menguatkan kembali asas mereka. Tidak kurang juga peranan TGHH dalam mencipta hubungan baik dengan pemimpin yang cukup anti kepada PAS iaitu Tun Mahathir Mohamad atas dasar penyatuan ummah.

Dikala non muslim masih terbelenggu dengan dakyah politik bahawa Hadi Awang adalah individu yang bakal membawa pemerintahan Taliban di Malaysia, beliau dan parti masih mendapat recognition dari beberapa ketua paderi di Malaysia. Itu tidak termasuk peranan beliau diperingkat dunia sebagai orang tengah dalam beberapa event yang kita tahu dan tidak tahu.

MAN OF WISDOM


Pada zaman kepimpinan TGHH, beliau telah membuka pintu parti PAS seluas-luasnya kepada golongan profesional untuk bergerak aktif dalam kepimpinan. Ini adalah nafas baru dalam konsep politik parti PAS.

Walaubagaimanapun, kesan kepada konsep ini memperlihatkan konflik berlaku dan berlakunya perpecahan, apabila PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Sekumpulan golongan yang mendakwa diri mereka golongan profesional atau progresif telah menubuhkan parti Amanah.

KONTROVERSI 

 
Amat sukar menemui lagi pemimpin dunia yang berjuang mendepankan kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi. Beliau adalah antara Living Legend yang berpolitik tanpa sekelumit sentuhan Machiaveli dan berlandaskan hukum syarak.

Dalam kontroversi kafir mengkafir, sehingga hari ini, tiada tindakan diambil terhadap beliau dibawah akta hasutan. Tiada juga sebarang bukti jelas yang beliau mengkafirkan UMNO. Jika dulu tuduhan ini banyak dimelodikan oleh orang UMNO sendiri, tetapi kini melodi itu dilagukan oleh penyokong kerajaan baru. Sungguhpun begitu, masih tiada bukti kukuh terdapat sebarang kenyataan jelas mengkafirkan UMNO.

Kontroversi terbaru adalah "bohong syarie". Musuh politik menyerang beliau mengunggang agama dan mencipta hukum bohong syarie untuk kepentingan peribadi dan parti. Hakikatnya hukum berbohong dalam peperangan itu memang ada dalam syarak. Bezanya sesetengah ahli agama yang tidak bersetuju dengan beliau mengatakan perang politik bukanlah perang yang dimaksudkan oleh syarak. Tetapi ahli agama tersebut juga tidak banyak memberi komen tentang fitnah 90 juta dan beberapa fitnah lain yang hampir menjahanamkan parti itu.

LIVING LEGEND 

 
Walaupun beliau sering dilabel pembohong, penipu, pengkhianat oleh lawan politik, hakikatnya beliau adalah sosok yang sering dicari pemain politik yang memerlukan bantuan. Sejarah membuktikan kepimpinan parti Islam ini sering menghulurkan tangan ketika ada pihak memerlukan untuk kepentingan ummah, dan mereka juga kerap ditendang keluar selepas segalanya berada dalam keadaan selesa.

Sungguhpun ada ahli PAS kurang bersetuju dengan pendekatan TGHH menghulurkan tangan kepada UMNO selepas PRU14 berikutan sejarah PAS ditendang keluar dari BN selepas mereka selesa dalam kerajaan, TGHH mengutamakan kepentingan ummah untuk menyuburkan penyatuan berbanding kepentingan emosi dan sentimen. Baginya, andai semua ahli PAS tidak bersetuju dan membuangnya keluar kerana menjalankan perintah Allah, itulah yang akan dilakukkannya.

Dikala ramai pembenci beliau meluat membaca penulisan ini, mereka harus menerima hakikat beliau adalah living legend yang memiliki semua kualiti di atas. Ketua lebai ini berjaya meletakkan PAS dan UMNO dalam keadaan selesa untuk menghadapi PRU 15 akan datang. Bolehkah anda dengan yakin mengatakan bahawa ketua kerajaan sekarang meletakkan koalisi mereka selesa untuk menghadapi PRU15 atau dalam keadaan berisiko? Menang cepat dan menang kemudian ada banyak bezanya. TGHH meletakkan koalisi untuk kemenangan dan bertapak lebih kuat berbanding kemenangan musuhnya sekarang. The Legend pick to win strong instead of winning fast.
FB
El-Haneef Renae




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Maaf Saya kurang jelas bagaimana tuan guru memainkan peranan di Acheh,Filipina Dan yaman, Dan boleh senaraikan 100 buku Yang beliau tulis,jika peranan beliau cukup besar nama belia sepatutnya tercatat dalam Wikipedia,

    BalasPadam