Header Ads

ads header

Flash News

Ahli PKR buat aduan, sakit hati Farhash laung ‘Azmin semburit’


PETALING JAYA: Sekumpulan ahli PKR Selangor tampil membuat aduan hari ini terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas pengerusi PKR Perak itu melaungkan “Azmin semburit” petang semalam.

Kumpulan itu yang diketuai bekas timbalan ketua penerangan PKR Selangor K Gunasekaran berkata, pihaknya sakit hati mendengar laungan yang dibuat Farhash selepas beliau dibebaskan daripada tahanan reman semalam.

“Laungan itu menyakitkan hati saya.

“Perkataan Anwar Ibrahim ‘next PM’ kita setuju. Tanda hormati aspirasi suara parti,” katanya kepasa pemberita sebelum menyerahkan salinan aduan kepada wakil Lembaga Disiplin PKR di ibu pejabat parti itu.

Jelasnya, kata-kata Farhash tidak boleh diterima kerana dianggap tidak menghormati Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan presiden parti.

Semalam, Farhash yang juga merupakan setiausaha politik Anwar melaungkan “Azmin semburit” sewaktu mengakhiri ucapannya di hadapan IPD Dang Wangi.

Farhash sebelum itu menyeru polis menahan Azmin bagi mengesahkan kredibiliti siasatan yang dilakukan selain mempersoalkan keperluan pihak berkuasa menahan remannya selama 8 hari.

Perkembangan itu mendorong Farhash untuk percaya ada konspirasi dalam peristiwa melibatkan video seks sejenis membabitkan Haziq Aziz dan seorang lagi individu dikatakan mirip Azmin.

Sementara itu, wakil Lembaga Disiplin PKR yang enggan dinamakan berkata surat aduan tersebut memerlukan tempoh selama 90 hari untuk disiasat.

Bagaimanapun, Naib Ketua cabang D Nallan mempertikai kenyataan tersebut, mengatakan ia adalah “double standard”.

Katanya, bagaimana tindakan terhadap Haziq boleh diambil dengan kadar segera manakala 90 hari diperlukan terhadap Farhash.

Ketika ditanya, apakah tindakan susulan yang akan dibuat jika tiada sebarang maklum balas diterima, Gunasekaran berkata beliau akan tetap berusaha untuk mendapatkan respon daripada lembaga disiplin parti.

“Saya berhak untuk tahu perkembagan aduan saya,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan