Header Ads

ads header

Flash News

Dalang mana yang memaksa Dr Mahathir bertindak?


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dalang penyebaran video lucah mengharapkan beliau bertindak menyingkirkan individu yang disasar. Ini umpama pepatah strategi dalam bahasa Cina “借刀杀人 (jiè dāo shā rén)” – membunuh seseorang menggunakan pisau yang dipinjam.

Siapakah individu yang disasar?

Dr Mahathir tidak menamakannya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga tidak menamakannya atas alasan pengesanan wajah pelaku dalam video lucah yang melibatkan seorang menteri adalah negatif.

Siapakah dalang penyebaran video lucah tersebut yang mahu meminjam pisau Dr Mahathir untuk melakukan pembunuhan kerjaya individu yang disasar?

Dr Mahathir juga tidak menamakannya.

Tapi inilah yang sedang dicari oleh ketua polis negara sehinggalah Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berjaya direman.

Siapakah Farhash?

Beliau ialah setiausaha politik Anwar Ibrahim. Orang kanan kepada bakal PM.

Biasanya dalam politik, keputusan besar untuk mengusik orang kanan seseorang VVIP memerlukan keberanian yang tinggi kerana ia boleh mencetuskan ketegangan ataupun pemberontakan dalaman oleh VVIP yang terlibat. Kadang-kadang, tindakan itu juga berupa amaran kepada VVIP tersebut.

Mengapakah Farhash berjaya direman? Apakah penahanan Farhash berkait dengan dalang yang sedang dicari?

Tidak ada sesiapa yang berani menyatakannya walaupun mereka agak-agak dah tahu mengapa. Kerana takut disaman, jawapan kepada kedua-dua persoalan ini, ramai yang akan simpan di hati.

Sejurus Farhash direman, Anwar terus mengeluarkan pandangan bahawa Azmin perlu meletakkan jawatan daripada Kabinet jika terbukti beliau terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis.

Seruan Anwar terus dibalas Azmin dengan menyuruh beliau “tengok cermin sendiri.”

Pertengkaran mulut ini membuktikan tanpa syak lagi bahawa Azmin adalah “individu yang disasar” seperti yang ditulis Dr Mahathir.

Selepas kenyataan Anwar, KPN pula mengeluarkan kenyataan bahawa video seks yang tular itu tulen, tetapi pengecaman wajah pelaku gagal mengaitkan video itu kepada Azmin.

Apakah kerana itu Anwar berubah nada dan membuat kenyataan bahawa parti itu menerima baik kenyataan KPN bahawa timbalannya Azmin tidak terlibat dalam klip video seks?

Menariknya, kenyataan Anwar ini dibuat ketika Farhash masih berada di dalam lokap dan PKR sedang mengadakan “retreat” parti.

Sudah tentu pendirian Anwar ini jauh berbeza dengan seruan beliau sebelum ini agar Azmin meletakkan jawatan Kabinet jika video itu terbukti benar sejurus Farhash ditahan polis.

Tapi sayang, sejurus Farhash dibebaskan selepas ditahan beberapa hari disoal siasat mengenai penyebaran video lucah Selasa lalu, beliau terus menyerang Azmin dengan laungan “Azmin semburit” selepas melontarkan laungan “Reformasi” ala-1998 dan “Anwar for PM”.

Malah Farhash juga mencabar KPN mengambil tindakan terhadap Azmin.

Tindakan Farhash secara tidak langsung menimbulkan persepsi bahawa video seks gay ini berkait dengan “reformasi” dan gerakan “Anwar for PM”.

Persoalannya, mengapa dalang itu mahu Dr Mahathir membunuh Azmin?

Apakah untungnya membunuh Azmin? Untuk rekod ini kali ke-2 Azmin cuba disekat kerjayanya, pertama ketika pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.

Mengapa Dr Mahathir lebih berminat mencari dalang sehingga timbul persepsi beliau sedang melindungi Azmin?

Apakah dalang akan dapat memaksa Dr Mahathir bertindak atau beliau yang akhirnya memaksa dalang untuk bertindak?

Melihat kepada kehebatan Dr Mahathir sebagai pencatur politik, tidak hairan jika dalang akhirnya dipaksa bertindak membunuh orangnya sendiri demi menyelamatkan kerjaya sendiri, sebelum segalanya hancur berkecai bersama individu yang disasarkannya.

Bukan Dr Mahathir tidak mahu kotakan janji, tetapi…

TIMMY SAY

MR :  Kita lihat kena...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan