Header Ads

ads header

Flash News

Pertahan Kedaulatan Negara: Jangan Beri Kerakyatan Melalui Pintu Belakang


1. Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang serius terhadap beberapa tindakan berkaitan isu kewarganegaraan yang dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Lanang, Alice Lau. Kronologi pendedahan beliau adalah seperti berikut:

● 23 Julai 2018, dengan bangganya beliau mempertontonkan timbunan permohonan kewarganegaraan dari Sibu dan mengaku menguruskannya bagi pihak DAP.
● 18 Julai 2019, beliau umumkan penubuhan 'Backbenchers Citizenship Committee' dianggotai 10 Ahli Parlimen DAP yang tiada seorang pun daripada kaum Melayu dan Islam
● 22 Julai 2019, beliau dedahkan 'pertemuan tertutup' bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan isu kewarganegaraan.

2. Sejak ditubuhkan pada 1951 hingga sekarang, PAS sentiasa komited dan memandang serius isu kewarganegaraan Malaysia sebagaimana ketetapan Muktamar Tahunan PAS pada 1955 dan 1956.

3. Pendedahan berkenaan perbincangan mengenai isu-isu kerakyatan ini disertai sama Lim Guan Eng, M Kulasegaran, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching dan Dato' Ngeh Koo Ham yang masing-masing juga Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet kecuali Ngeh. Soalnya, jika tiada agenda tersembunyi, kenapa hanya pemimpin DAP? Hal tersebut semenangnya meragukan, kerana agenda ini sewajarnya dibincangkan terbuka dengan dianggotai oleh semua kaum.

4. Pendedahan yang dibuat ini menggambarkan seolah-olah wujud satu cubaan oleh pihak DAP untuk memberikan kerakyatan melalui proses yang membelakangkan undang-undang negara dan bersifat terpilih. Ini menimbulkan kebimbangan betapa hak rakyat negara ini terancam oleh pemberian kerakyatan secara rundingan tertutup dan bersifat terpilih ini.

5. PAS, bahkan mungkin banyak pihak lain tentunya merasa sangsi dengan perkembangan ini dan penjelasan segera perlu diberikan kerana ia melibatkan masa depan dan kedaulatan negara.

6. Maka dengan ini PAS menuntut supaya:

● Kementerian Kementerian Dalam Negeri mendedahkan sepenuhnya butiran perbincangan kerana ia sewajarnya dibuat secara terbuka melibatkan kepentingan semua rakyat Malaysia.
● Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri bertegas terhadap tuntutan ini dan menolak sebarang tuntutan yang membelakangkan peraturan negara.
● Diadakan satu jawatankuasa untuk menyiasat secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas sekiranya terhadap satu usaha kotor oleh mana-mana pihak dalam memberikan kerakyatan melalui saluran dan proses yang melanggar peraturan Negara.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Penerangan PAS Pusat


MR :  Melayu Islam masih celaru, DAP ambil kesempatan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. last-last... dilambakkannya pendatang china dan india dinegara kita lagi..
    yg ada bermula dari dulu sampai sekarang pernah ka buat statistic..?
    90an penang dilambak china Taiwan ngan hong kong.
    ada yg perasan..?

    tak cukup ka Myanmar,bangla, Nepal, Vietnam, filipin, Pakistan , afrika yg menyemak kat sini..?

    BalasPadam