Header Ads

ads header

Flash News

Exco Perak didakwa bocor minit mesyuarat MMKN


IPOH: Selepas kes seorang anggota Exco kerajaan negeri Perak didakwa merogol pembantu rumah, timbul lagi satu dakwaan terhadap seorang lagi anggota Exco kerajaan negeri Perak.

Kali ini, exco berkenaan didakwa membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian.

Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean mendakwa, tindakan exco bertujuan memulakan rundingan bagi mendapatkan komisen dalam menyokong permohonan tanah seluas lebih 36 hektar.
"Perkara ini dikesan sejak tahun lalu. Kita mempunyai bukti dan saksi berkaitan yang akan diserahkan kepada polis," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu menyalahi Akta Rahsia selain menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah.

"Sebagai wakil rakyat dan Exco, tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan untuk meminta rasuah. Diharapkan pihak polis dapat menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukan beliau dalam kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan terbabit namun laporan tersebut akan dirujuk ke Kuala Kurau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Dalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan baru itu yang melibatkan amalan korupsi.

“Buat masa ini kita biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan setelah mendapat maklumat lanjut, perkara ini akan dibincangkan bersama ahli kepimpinan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebagai Pengerusi PKR, beliau tidak akan mengambil ringan sebarang tuduhan korupsi kerana ia bercanggah dengan perjuangan reformasi parti.

“Setiap pemimpin negeri diingatkan sekali lagi agar tidak mempergunakan kuasa dan pengaruh politik mereka untuk kepentingan diri,” tegasnya.


MR :  Perang dah lama berlaku perang saudara... tunggu perang ni merebak dan teruk jahanam kerajaan hancing PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan