Header Ads

ads header

Flash News

Hikayat Kerajaan Sepenggal Jepun - The Patriots


Hari ini, bergema di serata sudut media sosial bagaimana rakyat melaungkan perkataan “kerajaan sepenggal”. Tidaklah kami ini berminat mahu mengulas mengenai siapakah dan mengapakah laungan kerajaan sepenggal tersebut kedengaran, tetapi laungan tersebut mengingatkan kami kepada sebuah kerajaan sepenggal yang pernah berdiri di Jepun.

Hari ini, parti Liberal Democratic Party (LDP) yang merupakan sebuah parti konservatif-nasionalis yang berhaluan kanan memerintah Jepun. Parti ini boleh diumpakan seperti mana Barisan Nasional kerana sudah lama memerintah Jepun lebih 50 tahun.

Janji & Manifeto Manis

Namun, pada tahun 2009, sebuah parti pembangkang iaitu Democratic Party of Japan (DPJ) berjaya menang pilihan raya Jepun mengalahkan parti yang terlalu lama bertakhta ini. Kekalahan ini sangat bersejarah kerana buat kali pertama dalam sejarah Jepun sejak 1955, LDP tewas dalam pilihanraya.

DPJ berjaya menguasai 308 buah kerusi dalam parlimen Jepun. 193 buah kerusi berjaya dirampas oleh DPJ. LDP pula kehilangan 181 buah kerusi mereka, dan hanya mampu mempertahankan 119 buah kerusi sahaja. Banyak nama-nama hebat dalam politik Jepun ketika itu yang menjawat jawatan menteri rebah di kaki DPJ.

Taktik politik DPJ ketika itu mudah, mereka berkempen membawa perubahan daripada rejim LDP yang memerintah Jepun. Mereka menjanjikan pelbagai transformasi dalam kerajaan dalam kerajaan. Manifesto yang dijanjikan tertakluk kepada lima perubahan iaitu mengurangkan pembaziran belanja kerajaan, mengurangkan kos penjagaan anak dan pendidikan, reformasi dalam skim pencen dan perubatan, dan mempertingkatkan kedaulatan ekonomi Jepun.

Pada awal pemerintahan DPJ, harapan rakyat terhadap perubahan yang dijanjikan oleh mereka sangatlah tinggi. Kabinet yang diperkenalkan oleh Yukio Hatoyama, Perdana Menteri yang dipilih oleh DPJ itu mendapat sokongan setinggi 70 peratus oleh masyarakat. Selepas 3 tahun berkuasa, hanya 30 peratus sahaja janji-janji dalam manifesto mereka yang berjaya ditunaikan daripada lebih 170 janji yang mereka ikrar sebelum PRU.

Janji Manifesto Tak Tunai

Antara faktor kegagalan ini ialah janji-janji kerajaan DPJ terlalu populis seperti pendidikan percuma untuk peringkat pendidikan sekolah menengah atau memberi elauns penjagaan anak. Agenda utama ialah untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung Jepun tidak berjaya dilaksana padahal itulah yang menjadi bahan kempen mereka.

Banyak alasan yang dilontarkan oleh parti DPJ. Mereka menyalahkan beban ekonomi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu sebagai punca kenapa mereka gagal melakukan reformasi. Mereka juga menyalahkan beban membantu kos perubatan dan pencen masyarakat tua di Jepun juga sebagai punca utama kerana mereka tidak mampu meneruskan janji-janji dalam manifesto seperti menghapuskan tol. Mereka menjanjikan untuk menghapuskan sistem birokrasi yang membelenggu Jepun, namun apabila sistem itu dinyah dari negara Jepun, mereka tidak punya sistem yang efisien menggantikannya semula.

Jilat, U-Turn dan Kencing

Kegagalan mereka membuatkan rakyat mula beromantis mengenai perubahan-perubahan yang benar-benar berlaku ketika era pemerintahan Ryutaro Hashimoto dan Junichiro Koizumi yang merupakan nama besar bagi LDP. Bagi mereka, era-era seperti ini lebih membawa reformasi dan perubahan berbanding mereka di bawah DPJ. DPJ yang sebelum ini banyak mengkritik LDP di atas pelbagai tuduhan seperti korupsi, projek mega yang merugikan akhirnya terpaksa menjilat ludah mereka sendiri apabila menjadi kerajaan, mereka pula mengulanginya.

Projek kerajaan LDP sebelum ini seperti Empangan Yanba di Jepun yang diserang dengan begitu dasyat oleh DPJ tiba-tiba disambung pembinaan. U-turn dalam polisi kerajaan DPJ ini membuatkan orang tertanya-tanya apakah mereka serius dalam mentadibir negara? Tidak cukup dengan itu, mereka pula terpalit dengan skandal besar.

Misalnya Perdana Menteri DPJ yang pertama, iaitu Yukio Hatoyama sendiri terlibat dalam skandal rasuah. Berita skandal ini masuk ke media massa, dibahaskan oleh ramai orang memaksa Hatoyama meletakkan jawatan. Naiknya Naoto Kan yang merupakan Menteri Kewangan menjadi perdana Menteri menggantikan Hatoyama. Itu belum dikira dengan betapa perpecahan dalaman dan pergaduhan sesama ahli dalam parti.

Keyakinan rakyat pulih sejenak, namun kegagalan Naoto Kan melakukan reformasi yang mereka janjikan, membuatkan keyakinan itu runtuh semula. Bila dilihat semula, DPJ hanya banyak meneruskan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan sebelumnya. Jadi, orang ramai mula tertanya-tanya, dimanakah reformasi yang mereka janjikan?

Kemuncaknya ialah apabila gempa bumi tahun 2011 gagal diuruskan oleh DPJ. Kegagalan pengurusan bencana, kelembapan respon DPJ pada tragedi gempa bumi dan kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima membuatkan rakyat Jepun kata “enough is enough”. DPJ bukanlah seperti mana yang mereka janjikan. Euphoria kemenangan DPJ telah lama padam dalam diri masyarakat Jepun. Bancian yang dijalankan memaparkan 70 peratus sokongan rakyat untuk mereka merudum kepada 20 peratus sahaja.

Gabungan Parti Lama dengan Parti Agama

Dalam pilihanraya seterusnya pada tahun 2012, kita menyaksikan LDP di bawah pimpinan yang baru iaitu Shinzo Abe telah bekerjasama dengan New Komeito Party, sebuah parti beragama Buddha berhaluan Konservatif di Jepun. Kerjasama dua parti ini telah berjaya menang bergaya, merampas semula takhta mereka yang hilang sebelum ini. Mereka meraih 176 buah kerusi tambahan, menjadikan penguasaan mereka mencecah 294 buah. DPJ telah kehilangan 251 kerusi, hanya mampu untuk mempertahankan 57 kerusi sahaja berikutan kegagalan reformasi mereka.

Saya tahu, mungkin akan ada yang membangkitkan situasi politik di Jepun dengan negara kita. Saya tidak hairan sekiranya apa yang berlaku di Jepun, berlaku juga di negara kita kerana sejarah sifatnya berulang. Kegagalan kerajaan hari ini menunaikan janji dalam manifesto mereka mungkin mengingatkan kita kepada DPJ, atau kegagalan kerajaan hari ini menguruskan tragedi pencemaran di Pasir Gudang membuatkan kita mengaitkan dengan kelembapan respon DPJ ketika tragedi gempa bumi Jepun 2011, namun kalau sejarah tidak diambil pengajaran daripadanya, maka kita mungkin akan mengulanginya semula.

Helmi Effendy
Adsense Matched Bottom


MR :  Nampak macam nak jadi Malaysia sebagai pengikut trend Jepun... pandang ke timur kata Atok


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    BalasPadam