Header Ads

ads header

Flash News

Tukang Fitnah dipanggil polis selepas dakwa pengikut Zakir Naik lindungi bekas suaminya


PETALING JAYA: Polis di Ipoh hari ini memanggil M Indira Gandhi untuk menjelaskan dakwaannya 3 kumpulan berinspirasikan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik serta ajarannya membantu melindungi bekas suaminya yang menyembunyikan anak perempuannya berusia 11 tahun.

Katanya, beliau diminta memberi keterangan selepas membuat satu laporan polis di sini semalam.

“Saya dipanggil pagi tadi kira-kira 40 minit. Mereka ingin tahu lebih banyak mengenai laporan polis yang saya buat semalam,” katanya kepada FMT.

Dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam, Indira mengesyaki badan bukan kerajaan mesra PAS, pemisah di selatan Thailand dan pengikut mualaf Zakir terbabit dalam melindungi Mohd Riduan @ K Pathmanathan.

Beliau mendakwa menerima satu panggilan daripada nombor tidak diketahui baru-baru ini yang memberitahu Riduan tinggal di Golok di bawah perlindungan kumpulan itu.

Katanya, laporan polis itu dibuat berdasarkan panggilan dan pelbagai laporan lain yang beliau terima daripada Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat).

Beliau berkata, berdasarkan penyelidikan kumpulan itu, Riduan memperbaharui lesen memandunya di Pulau Pinang pada November lalu dan memandu sebuah Mercedes Benz.

“Bagaimana beliau mampu (mempunyai) sebuah kereta mewah jika beliau tiada sebarang akaun bank dan tidak bekerja,” katanya sambil menambah beliau sudah memaklumkan polis mengenai perkara itu.

Indira berkata, Ingat turut memaklumkannya Riduan berkahwin dengan seorang wanita di Kelantan dan mempunyai 3 anak daripada perkahwinan keduanya.

Disebabkan itu, katanya, beliau membuat laporan polis mendakwa “seseorang yang berpengaruh melindungi dan memberi beliau wang untuk menyara anaknya dan memandu sebuah kereta Mercedes”.

Beliau berkata, kumpulan itu tidak menyasarkan Zakir, tetapi meminta individu yang tahu kedudukan Prasana untuk tampil memaklumkannya.

Prasana Diksa berusia setahun pada 2009, ketika Riduan mengambilnya daripada Indira.

Indira berjaya membatalkan penukaran agama 3 anaknya oleh Riduan pada 29 Januari 2018, selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan sebarang penukaran agama kanak-kanak bukan Islam harus mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Mahkamah Persekutuan pada April 2016 mengarahkan ketua polis negara menahan Riduan kerana menghina mahkamah selepas gagal mematuhi perintah menyerahkan Prasana kepada Indira.

Pada 24 April lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk mengesan Riduan dan Prasana.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan