Header Ads

ads header

Flash News

Surat Bocor Dedah Pegawai Menteri Terima Hadiah Jam Mahal


SEPUCUK surat yang bocor menunjukkan setiausaha politik menteri pertanian Salahuddin Ayub mengaku menerima hadiah seutas jam tangan mewah.

Ini bertentangan dengan kenyataan menteri undang-undang, Liew Vui Keong di Dewan Negara semalam bahawa SPRM melepaskan individu itu selepas mendapati jam itu dibeli sendiri.

Dalam surat kepada Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Abu Kassim Mohamed yang dilihat Malaysiakini, Ahmad Sabki Yusof mengaku jam tangan itu sebagai pemberian.Iklan

Sumber kementerian mengesahkan surat bertarikh 2 Mei itu sebagai asli.

Dalam surat itu, Sabki mendakwa unit integriti kementerian tidak adil kepadanya selepas dia mengisyhtiharkan menerima jam itu pada 25 Julai 2018.

Katanya, akibatnya dia dituduh terlibat dalam rasuah.

“Hakikatnya bahawa saya dari awal lagi membuat pengishtiharan atas pemberian jam tangan tersebut membuktikan kesediaan saya untuk menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pihak yang berkenaan berpandukan peraturan yang terpakai,” tulis Sabki.

Sabki juga mendakwa unit itu gagal memaklumkan kepada nilai jam itu dan membuat jangkakan terlalu besar sehingga RM28,000.

Sedangkan, katanya, SPRM memaklumkan padanya nilai jam itu lebih rendah. Malaysiakini difahamkan jam itu bernilai sekitar RM15,000.

SPRM menahan Sabki pada 1 April lalu tetapi dibebaskan empat hari kemudian.

Malaysiakini sudah menghubungi Liew dan SPRM bagi mendapatkan maklum balas mereka. – Malaysiakini



MR :  Berita sekarang baca boleh percaya jangan, kerajaan PH kuat kencing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan