Header Ads

ads header

Flash News

Kafir


Mufti paling baik di Malaysia, Dr Maza hari ini menulis status tentang kisah beberapa rakyat Terengganu yang terpaksa akad nikah semula sebab percaya tok kadi kafir. Saya tak berapa nak layan mufti ini sebab kalau ikut kefahaman beliau, saya ni sesat sebab baca Yasin malam Jumaat, amalkan selawat shifa dan ikut majlis tahlil kematian.

Cerita nikah balik sebab tok kadi kafir ni pun saya tak tahu dia kutip dari mana. Saya hidup di Terengganu ni tak pernah dengar cerita macam tu pula.

Cuma saya nak bagitahu mufti paling mulia ini, memang benar PAS dan UMNO bergaduh dahulu. Puncanya ada dua:

1. Pemimpin PAS suka maki dan kutuk UMNO dalam ceramah tanpa sebab munasabah. Yang ini mufti boleh tengok gambar di bawah pemimpin yang mana.

Apabila pemimpin ini dan sekutunya keluar, tidak ada lagi pemimpin PAS yang hina dan kutuk UMNO. Kritik itu ada.

2. UMNO suka aniaya dan fitnah PAS. Contoh aniaya adalah seperti anaktirikan kerajaan negeri termasuk tak sambung Lebuhraya Pantai Timur ke Terengganu dan Kelantan apabila 2 negeri ini jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999. Siapa PM masa tu boleh google sendiri.

Malah betapa sakitnya hati PM tersebut kepada PAS ketika itu, sehinggakan tiada langsung wakil kabinet dilantik daripada 2 negeri ini pada penggal terakhir pemerintahannya.

Tetapi Alhamdulillah di bawah Perdana Menteri ke 6, akhirnya Kelantan mendapat lebuh raya, laluan ECRL ke pusat perniagaan bebas cukai bumiputera di Rantau Panjang dan pelabuhan besar Tok Bali.

Contoh fitnah pula ialah agenda memburukkan PAS. Antaranya adalah dengan mengunci tadika Kemas pada awal pemerintahan PAS di Terengganu dan menuduh ini sebagai kezaliman kerajaan negeri kepada anak kecil. Sedangkan yang melakukannya adalah Pemuda UMNO Marang ketika itu.

Siapa nama beliau? Namanya Razali Idris. Sekarang dah jadi Senator. Dan juga Pengerusi PPBM Negeri Terengganu.

Kita bukan tuduh. Tetapi beliau sendiri mengaku dalam satu ceramah pada pertengahan 2017. Sehinggakan begitu ramai blogger UMNO mendesak agar tindakan daripada pihak berkuasa diambil ke atas beliau ketika itu

Saya nak tanya Dato Mufti, kalau yang menjadi punca kepada pertelingkahan antara dua parti terbesar bumiputera Islam ini telah pun keluar, yang kami semua nak bergaduh lagi atas kebencian yang mereka bina pasal apa?

Dato Mufti bila nak buat parti politik? Kalau taknak buat parti politik, boleh buat parti hari jadi.

Eh lupa. Bidaah.

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu


MR :  Bila UMNO-PAS nak hilang perseketaan lama, si Mufti hebat ini ungkin balik sejarah lama.. apa maksudnya nak rapatkan sesama Islam ke? Patutlah ulama dahulu tak nak jadi mufti takut perangai hodoh macam ni...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Mufti yang paling taksub dengan diri sendiri .

    BalasPadam
  2. Dia ni Si Pekak ... Atok yang kata... sebab tu dia syok sendiri.

    Si Pekak akan terjerit2 mcm Kera atau mcm Siti Kassim sebab sukakan perhatian umum.

    BalasPadam