Header Ads

ads header

Flash News

Kebocorabn CCTV hotel termuka timbulkan tanda tanya


Rakaman litar tertutup (CCTV) yang bocor daripada sebuah hotel terkemuka di Sandakan, Sabah menimbulkan tanda tanya mengenai soal privasi pelanggan dan prosedur siasatan yang dijalankan pihak polis, kata bekas anggota majlis pimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam satu kenyataan semalam, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata rakaman CCTV itu menggambarkan terdapat usaha terancang untuk menyerang Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, setakat ini, hotel bertaraf antarabangsa itu belum menjelaskan bagaimana rakaman CCTV itu muncul di dalam talian dan menjejaskan privasi pelanggan.

"Maklumat pelanggan dan rakaman CCTV tidak boleh didedahkan kerana ia adalah wajib bagi hotel untuk mengekalkan privasi pelanggan," katanya.
Iklan

Beliau berkata kebocoran CCTV itu juga boleh menjejaskan siasatan polis terhadap video seks yang dikeluarkan pada 12 Jun yang dikatakan dirakam di hotel berkenaan.

Pada 3 Julai, individu bernama Rahim Jaafar memuatnaik klip video di saluran Youtube yang menunjukkan ahli PKR, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Hilman Idhām berada di hotel tersebut.

Rakaman itu kelihatan diambil dari CCTV di hotel terbabit.

Menurut Free Malaysia Today hotel berkenaan "sedar" mengenai perkara itu, tetapi tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan polis masih berjalan.

Pada awal pagi 12 Jun lalu, Haziq membuat pengakuan dengan mendakwa dia merupakan individu dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Azmin.

Rakaman berkenaan disebarkan sehari sebelumnya dan beberapa lagi klip video muncul pada minggu-minggu berikutnya.

Klip video terkini itu yang pertama kali diterbitkan menggunakan akaun Rahim Jaafar, tidak memberikan sebarang petunjuk jelas sebaliknya mengambarkan Haziq dan Hilman tinggal di tingkat yang sama di hotel berkenaan.

Hilman adalah setiausaha politik Azmin di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Sementara itu, Chegua Bard yang merupakan seorang pemimpin PKR sehingga dipecat pada 2016, menggesa ahli-ahli politik Malaysia agar tidak menggunakan politik kotor sebaliknya bersaing secara sihat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Melakukan hubungan seks luar tabii adalah kesalahan jenayah dalam undang-undang sekular dan Syariah.

    Mengapa orang-orang yang terlibat dalam video belalai vs belalai tersebut belum didakwa di mahkamah oleh KERAjaan PH ?

    Mana janji kedaulatan undang-undang @ rule of law dalam manifesto PH ? Sudah ke lautkah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cctv lak jadi tandatanya.. actor bedeo tak pulak jadi tandatanya ..... choi..

      Padam
  2. Mana ada rule of law lagi,,isu sebenar iaitu perbuatan liwat dlm video tidak di siasat utk mengetahui kesahihan video,,bahkan org dah mengaku,,dia adalah pelaku dan seorang lagi menteri azmin,,,menteri masih bebas ,buat muka tebal seperti tebalnya kulit bontot,,sekarang buat sibuk siapa dalang,mcmna cctv boleh bocor? Seolah2, pelaku liwat tak salah,,yg salah kerana memviral video,,,patut la mujahit kata,,islam mengiktiraf kewujudan lgbt ni....ini nama dia "RULE OF JUBUR"...KAH KAH...

    BalasPadam
  3. Politik PH memang kotor. Demi cita2 nak jadi PM geng sendiri pun depa sanggup malukan. Video sahih ke tak sahih itu isu yg kedua. Yg penting kenapa diviralkan video itu. Sebab mungkin ramai geng sendiri tak percaya so utk nak org percaya kenalah tunjuk bukti. PH pergi jahanam la. Dua2 pun tak layak jadi PM.

    BalasPadam
  4. PKR lebeh terok dari UMNO

    BalasPadam

  5. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    BalasPadam