Header Ads

ads header

Flash News

Keras Dari Tun Abdul Hamid: Tommy Thomas Calon DAP, Wan Ji Diperalatkan DAP Dll


Keras nampaknya tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, bertajuk “Kes Wan Ji: Hati-Hati Komen” dalam Utusan Malaysia hari ini.

Mengenai ketua-ketua pemuda PH, beliau menulis: “Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana menghina sultan dan ketua-ketua pemuda parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) masuk penjara kerana menghina mahkamah.”

Mengenai Peguam Negara, beliau menulis: “Tommy Thomas adalah calon DAP dan pilihan PH. Ahli parti-parti komponen PH mungkin fikir bahawa beliau terhutang budi kepada PH dan mesti menurut telunjuk PH.”

Mengenai Wan Ji, beliau menulis: “Dari sini, dapat diperhatikan bahawa dalam umur yang begitu muda, dia telah mengkritik ulama-ulama Malaysia dengan bahasa yang begitu kasar, seolah-olah dia sahajalah yang betul.”

Mengenai Wan Ji, beliau menulis lagi: “Di sebaliknya timbul soalan mengapa dia dipilih oleh Lim Guan Eng? Adakah pendirian dia dalam isu-isu yang melibatkan Islam menyebabkan Guan Eng berpendapat dia boleh diperalatkan untuk kepentingan politik DAP?”

Mengenai pejuang-pejuang hak asasi manusia, beliau menulis: “Pejuang-pejuang hak asasi manusia pula lebih mementingkan hak orang yang menghina, bukan hak orang yang dihina, seolah-olah manusia mempunyai untuk menghina tetapi tidak ada hak untuk tidak dihina.”

Untuk seseorang seperti Tun Abdul Hamid membuat dakwaan terbuka seperti bahawa “Tommy Thomas adalah calon DAP” pastinya memerlukan maklumat yang saya tiada.
FB
Kamarul Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Puak kafir harbi dan puak munafik termasuk puak liberal tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam. Inilah peringatan Al-Qur'an yang menjadi panduan umat Islam.

    Musuh Islam ini sentiasa berusaha mencipta dan menyebarkan fitnah untuk menghasut orang ramai membenci , menolak, menentang dan memusuhi ajaran Islam, ulama Islam, pendakwab Islam, parti Islam dan umat Islam.

    Malangnya sebilangan umat Islam jahil murakkab telah mengundi dan memberi kuasa politik kepada musuh Islam ini untuk menindas agama Islam dan mebafikan hak umat Islam di negara umat Islam sendiri.

    BalasPadam