Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 300 nelayan Pantai Timur demo depan parlimen


Lebih 300 nelayan Pantai Timur berdemonstrasi di hadapan Parlimen hari ini bagi membantah bot tunda berlesen tempatan yang diusahakan oleh nelayan asing di perairan negara.

Mereka berhimpun dalam satu barisan panjang di jalan utama menuju pintu masuk parlimen sambil memegang kain rentang bertulis "Mohon SPRM siasat perikanan", "Nelayan Pantai Timur- akibat Vietnam- kami menderita", "Kami nelayan pantai timur merayu kepada kerajaan pusat hapuskanlah lesen Ali Baba", dan lain-lain.

Seorang lelaki mengetuai demonstrasi sambil melaungkan "Hapus, hapus hapus Ali Baba" dan "Hapus, hapus, hapus nelayan Vietnam" menggunakan pembesar suara.

Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, mereka meluahkan ketidakpuasan hati terhadap operasi bot laut dalam zon C dan C2 terutama melibatkan bot yang diperolehi daripada pembelian secara terpakai luar negara terutama dari Vietnam yang diluluskan kerajaan.

Katanya, usaha murni kerajaan untuk memajukan sektor perikanan melalui pemberian lesen bot laut dalam kepada pengusaha tempatan telah disalahgunakan segelintir pengusaha demi mendapatkan keuntungan mudah dan singkat melalui kerjasama dengan para pemilik bot luar negara.



Memorandum itu turut memberitahu situasi itu menyebabkan pendapatan nelayan tradisi tempatan terjejas kerana kemasukan bot-bot laut dalam terpakai tersebut bertindak rakus beroperasi menangkap ikan sehingga kawasan tepi pantai.

Menurut wakil nelayan Kelantan, Nik Mohd Kamal Husin, demonstrasi itu semata-mata bagi meminta perhatian kerajaan atas masalah yang membelenggu nelayan Pantai Timur.

“Kami datang sekadar meminta kerajaan mengambil berat atas luahan kami yang mana keadaan laut kami semakin terancam oleh nelayan asing dan nelayan asing berdaftar terutama khas ditujukan kepada nelayan Vietnam.

“Nelayan-nelayan Vietnam ini pekerjaannya terlampau teruk sehingga menjahanamkan semua ekosistem lautan kita dan mungkin akan merosakkan sistem akuakultur hingga anak cucu kita di depan hari mungkin tak dapat mencari rezeki lagi di lautan.

“Semenjak kerajaan beri permit untuk menggunakan kru Vietnam, boleh dikatakan zon pantai timur semakin teruk terancam oleh mereka,” katanya lagi.

Rombongan tersebut hadir dengan menaiki sembilan buah bas dan lebih 30 kereta.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. laut pun kena jual..?

    ingatkan syarikat ja..
    haishh... haprak punya pakatan.
    mentang-mentang depa org kaya,, makan ikan dory ja.

    BalasPadam