Header Ads

ads header

Flash News

Malaysia Airlines mungkin perlu henti semua penerbangan, kata Dr M


KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, kegagalan beberapa pengurusan terdahulu dalam memulihkan Malaysia Airlines mungkin menyebabkan syarikat penerbangan negara itu terpaksa menghentikan semua penerbangannya untuk menjimatkan kos operasi.

Perdana menteri berkata, pengurusan Malaysia Airlines sudah banyak kali bertukar tangan, tetapi masalah masih tidak dapat diselesaikan.

“Banyak sudah usaha telah dibuat untuk memulihkan MAS sejak ia ditubuh, pengurusannya telah ditukar berkali-kali, masing-masing janji mereka dapat pulihkan syarikat penerbangan itu semula, tetapi malangnya semuanya tak dapat atasi masalah yang dihadapi MAS.

“Sebab itu hari ini kita berdepan kemungkinan penerbangan dihentikan sama sekali supaya kita dapatkan selamatkan wang yang banyak untuk pemulihannya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Mustapa Mohamed (PH-Jeli) yang ingin tahu jika ada rancangan mencukupi untuk Malaysia Airlines berdepan saingan dari dalam dan luar negara.

Mahathir berkata, kerajaan akan mendengar cadangan dan pandangan semua pihak, serta tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain dalam usaha memulihkan Malaysia Airlines.

“Kita juga lihat syarikat penerbangan negara lain telah dirosakkan pengurusannya, bahkah Japan Airlines juga menghadapi masalah sama, tetapi ia dapat dipulihkan. Harapan kita ialah dapat pulihkan MAS juga.”

Ahli Parlimen Langkawi itu turut memberi jaminan tiada pembuangan pekerja dan identiti Malaysia akan dikekalkan dalam usaha memulihkan syarikat penerbangan itu.

“Terdapat banyak cadangan dari syarikat, bahkan kumpulan pengusaha tertentu. Tapi pada masa ini, belum ada keputusan jual atau kerjasama dengan syarikat lain dalam pemulihan MAS.

“Tetapi, sesuatu yang kita ingin kekalkan ialah nama syarikat ini mesti ada kaitan dengan negara kita, iaitu Malaysia.

“Kita tidak boleh jual syarikat ini sehingga namanya terhapus sekali.”

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan menerima 4 tawaran yang majoritinya daripada anak tempatan untuk mengambil alih Malaysia Airlines.

Bagaimanapun, katanya, belum ada keputusan dibuat mengenai tawaran itu.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan