Header Ads

ads header

Flash News

Menteri Yang Tak Guna Pakai Undang-Undang?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong jelas kantoi apabila memberi jawapan yang salah dalam Dewan Negara dan dilihat seperti cuba untuk membersihkan nama ahli politik PH daripada tuduhan rasuah.

Pada hari Khamis, Liew telah memberi jawapan di dalam Dewan Negara bahawa SPRM telah melepaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Salahuddin Ayub daripada siasatan menerima suapan jam mewah daripada sebuah syarikat pemaju.


Masa itu, Liew kata SPRM membebaskannya kerana didapati pegawai Menteri itu membeli jam tangan tersebut sendiri dan ianya bukan hadiah.

Liew juga mengulas bahawa pegawai kanan itu dapat menjelaskan di mana dia mendapat wang untuk membeli jam tangan tersebut.

https://malaysiakini.com/news/485360

Sehari kemudian, MalaysiaKini telah melihat sepucuk surat pengakuan yang mengatakan pegawai tersebut mengaku menerima jam tangan sebagai hadiah tetapi menafikannya sebagai rasuah.

Portal MalaysiaKini juga melaporkan bahawa orang dalaman yang tidak dinamakan dalam kementerian tersebut telah mengesahkan bahawa surat itu adalah tulen.

Pagi Jumaat :
https://www.malaysiakini.com/news/485512

Lagi parah buat Liew apabila SPRM menjawab pada hari sama bahawa kes ini masih belum ditutup dan pegawai itu belum lagi dibebaskan dari tuduhan rasuah.

SPRM menjelaskan bahawa kertas siasatan kes tersebut baru dihantar pada 10hb Julai kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Petang Jumaat :
https://malaysiakini.com/news/485525

Bagaimanapun ketua persuruhjaya SPRM enggan mengulas lanjut sama ada jam tangan itu hadiah atau beli sendiri ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Selepas pendedahan ini, Liew juga membisu dan tidak memberi sebarang respon walaupun diberi ruang untuk menjawab oleh media.

Ini jelas membuktikan bahawa Liew telah berbohong di dalam Dewan Negara kerana kenyataan beliau jelas bercanggah dengan surat yang terbocor dan jawapan daripada pihak SPRM sendiri.

Perkara ini amatlah memalukan kerana Liew diberi tanggungjawab dan gelaran sebagai Menteri Undang-undang.

Jadi, lebih baik Liew Vui Keong meletak jawatan sekiranya gagal memberikan penjelasan yang meyakinkan.

Kerana Malaysia tidak boleh menerima seorang Menteri Undang-undang yang langsung tidak hormat dan mengikut undang-undang.

Jika perkara sebegini terus berlaku dan Liew terlepas dari sebarang tindakan, saya bimbang Malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak ada undang-undang - 'lawless country'.

FB
Wee Ka Siong


MR :  PH cakap lebih kerja tak kemana


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan