Header Ads

ads header

Flash News

Mungkin menabung daripada kecil, pegawai Salahuddin Ayub beli sendiri jam RM28k


Menteri undang-undang Liew Vui Keong berkata SPRM telah melepaskan pegawai kanan menteri pertanian Salahuddin Ayub daripada siasatan menerima suapan jam mewah RM28,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Liew berkata, setiausaha politik 47 tahun itu sebaliknya membeli sendiri jam itu.

"SPRM membebaskan kerana dia dapat menjelaskan di mana dia mendapat wang untuk membeli jam tangan itu, " katanya kepada Dewan Negara semasa sesi soal jawab pada pagi ini.

"Saya difahamkan pegawai tersebut isytiharkan dia punya interest (kepentingan) dalam perkara itu sebelum pihak SPRM membuat tindakan,” katanya lagi.

"Jadi, konflik kepentingan seperti disebutkan oleh YB senator tidak wujud," tambah beliau ketika membalas soalan Ahli Dewan Negara daripada BN Ibrahim Shah Abu Shah

Terdahulu, Ibrahim mengatakan menerima aduan terdapat konflik kepentingan dan campur tangan kerajaan dalam kes ini.

Pada 1 April, SPRM menahan pegawai Salahuddin itu atas dakwaan menerima jam tangan mewah sebelum dibebaskan empat hari kemudian.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM.

Salahuddin bagaimanapun menafikan kewujudan projek pembangunan yang dikatakan dalam penahanan pembantunya.

MR :  Sebelum ini pegawai Mat Sabu boleh bayar hutang RM800k dalam 2 hari. Ini bukan menanbung tapi kena loteri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. jangan susah hati Lateefah Kutty tak akan siasat satu bendera kot .

    BalasPadam